Sori awak, saya panggil awak tanto! ehehe. Saya rasa awak tak kecik hati kot, bila saya panggil awak tanto? Sebab awak cakap awak rindu nak kecik hati dgn saya kan.Saya nak mintak maaf okey, kalau saya selalu kecik kan hati awak, buat awak terguris bagai. Maybe saya tak sedar kot, kata-kata saya dah guriskan hati awak. Maafkan saya okey.
Sempena hari Merdeka 22 tahun lepas, haritu laa awak nak keluar dari perut mak awak kan? Awak ni kecoh laa.kesian mak awak, dia baru je nak pergi sambut Merdeka tau, awak sebuk-sebuk nak keluar.hehhe(pandai reka cerita). Tapi, takpe, tarikh tu dah kira special habis awak keluar, semua orang pon boleh ingat. Hari Merdeka Malaysia= Hari Jadi awak. Hari Jadi awak = Hari Merdeka. kan senang nak ingat tu.hehe.tapi, selalunya hari merdeka kan cuti, so jadinye memang la tak dpt sambut besday awak. Takde celebration, nak main baling-baling telur atau tepung, kecuali last 3 years kot? tapi masa tu, saya takde.hmmm.
Lepas tu, terima kasih awak sebab jadi kawan saya selama 4 tahun ni. Dengar keluh kesah saya, masalah saya, tolong saya, jadi banker kedua saya, jadi guide saya, jadi pemandu motor saya yg bertauliah(saya pembonceng je), jadi pembantu hidup saya, tolong saya key in subjek masa saya blur-blur. Thanks for everything. Kalau nak list downkan memang dah panjang lebar.hehe. But I'm soooo appreciate it! Becoz there can't be anyone to replace you.ehehe( amacam, power tak ayat?)
Then, saya harap di Ulang tahun kelahiran awak yang ke 23 ni, saya harappp sangat, awak cepat-cepat jumpa si pemilik tulang rusuk. hehe.sebab kita macam sweet-sweet je tunggu ketibaan putera idaman kan. kalau kita jumpa balik, mesti kita mengeluh sebab putera idaman kita tak turun lagi dari langit, eh tak kunjung tiba lagi jumpa dengan kita.hehe. Takpe, nanti-nanti kita jumpa la kan? Lepas tu, saya harap awak dimurahkan rezeki selalu, tapi awak memang murah rezeki dah, sebab selalu belanja orang, belanja sayaaaaa ni makan.hihi. Terima kasih tau awak! Lepas tu, semuga awak sihat selalu, panjang umurrrrr supaya awak boleh tengok saya kawin nanti.ehehe. Lagi, semuga awak sentiasa dirahmatiNya, supaya awak dilindungi, dan berada dikalangan insan solehah.Amin.
Tulis panjang-panjang, nanti semua pon perasan dorang tu tanto, so saya uplod satu gambar awak, saya curi dari fesbuk.hihi
sori la awak, kek tu je saya boley bagi awak. hehe.duit gaji tak masuk lagi maaa.Saya harap awak enjoy laa that day, even takde la seprais mana kan. sebab saya takde geng-geng perempuan nak selebret besday awak. Semua pon lelaki, lepastu dorang nyanyi pon ikhlas tak ikhlas.ishk.Pasal hadiah tu, no offence okey! Saya tau awak mesti nak beli jgak kan nanti.so, saya beli laa siap2 kat awak.Harap bila awak guna, awak akan ingat saya.hehehe.
Okey, Selamat Hari Jadi awak! Masniza Hanim bt Abd Hadi :)
p/s: dah masuk september, saya dah mula risau kalau-kalau takde orang nak selebret besday saya macam awak selalu buat.hmmm