October 26, 2010

Jiwa tak ada disini.

Entah, mungkin betul. Kalau nak kerja tu, kena pilih betul-betul.
Kalau ada minat dalam bidang tu, boleh go on dengan kerja.
Kalau tak ada, kau paksa sekuat macamana pun, mungkin tak dapat adapt dengan kerja.

dan sekarang, aku dah mengalami konflik.
Nak kerja ke tak nak? Nak resign ke?
Sebab jiwa aku tak ada kat sini. Ini bukan bidang yang aku minat.
Orang cakap, jangan pilih bulu, kita bukan selalunya dapat apa yang kita nak.
Tapi, kalau dah cuba sedaya upaya, kalau jiwa tetap tak ada kat sini, minat tak ada,
Kerja la sampai seribu tahun pun, mungkin tak kan dapat adapt dengan apa-apa.
Gain nothing mungkin.

Selepas hati aku dah decide nak resign atau dengan kata melayunya "Letak Jawatan",
mungkin akan menyambung pengajian di peringkat master.
Ini mungkin idea yang baik untuk aku. Doa-doakan lah eh agar dapat peluang sambung master ni. Amin.

p/s: sekarang tengah nak mencari contoh surat resign. Bukan tak sedih nak tinggalkan company, tapi sedih sebab tak jumpa jiwa dekat kerja ni.

UTP : Polaroid





Bila nak naik pelamin ni?hehehe

Sweet Izyan:)


Congrats to all UTPian friends! :)

Sepuluh Sepuluh Sepuluh (Part 2)


Semua gambar dengan mortar board yang senget! Adeh!




ni minah sengal yang tangkap. Nasib cantek jgak.

Seniority.

Bila kita dah lama dekat sesuatu tempat, mungkin kita akan kecilkan orang baru
Orang muda, fresh grad, orang yang mentah.
Ye laahh, konon kita ni dah terlebih asam garam, so, anything yang budak muda atau mentah tu buat, semua nya kita rasa salah. 
"U cakap ni salah"
"U buat ni salah"
"U should listen to me! I got many things to tell you" and bla bla.

Arghhhh! I know that I am newwwwwwwwww here. but Hello? Please.
Cakap elok-elok tak boleh ke? perlu ke nak memekik dan melolong satu opis?Huhh.
I hate people yang rasa seniority ni bagus. Macam nak differentiate kasta kelas tinggi dengan rendah.Tau lahh dah lama, but pleaseeee not only you the one yang lama kat situ
Even budak baru pon, she can get lots of experience jgak thru learning. Banyak benda kena belajar.Dan you, telah set kan mind budak baru tu, tentang sesuatu yang buruk, bad impression about you.

Sometimes, seniority ni bagus to avoid budak-budak mentah pijak kepala or whatsoever, tapi tak perlulah kalau nak tunjukkan you tu senior, dengan suruh orang buat itu ini. And tak perlulah you nak menjaja cerita budak ni macam ini, ini dan ini. Macam dah satu pembulian dah, aku rasa. Dan kalau nak layan emo tu, Plisss jangan nak libatkan orang lain ok? I'll try to be nice with you, but then, you makes me looks like idiot, and  it is fair to you? Puas hati kan? and I am new here, so I couldn't do anything.(Ecehh.marah boleh tulis dalam blog je)

Bila tanya semua orang, orang pon agree that you like that,
" Sabar ye. dia memang macam tu. Perangai tak boleh ubah.Orang pon tak suka"
Tapi, sampai bila nak sabar?
Working life is different from student's life. 
and " Work is not just working, but put your interest in that. And everything will goes well"

p/s: rasa macam nak resign, but still couldn't get any offer. Haihh. bila offer nak datang ni?

October 20, 2010

There I'll be

I'm hoping that you could see me here,
watching you, see-ing you, and keep in touch with you.
I'm hoping that you could feel me here,
Feel my love, feel my sincerity

Since you're far away, out of my reach,
I just wish, wishing that deep in your heart
there will be me, somewhere
there will be me, that you would remember even for seconds
there will be me, that might be pop out in your mind
there will be me, even for once


Thanks for this love and these feelings.
Thanks for being with me.
 

Dreams

Recently, I couldn't see you
You're not there, approaching me
You're not there laughing, smiling at me
You're not there, together with me
You're not there, in my dream, as always

Missing you in my dreams
just like I miss you always.

Will you ever, come and appear in my dream again?

October 17, 2010

Sepuluh Sepuluh Sepuluh (Part 1)







Hari Konvokesyen saya (10.10.10)

October 5, 2010

Kalau ada Jodoh ...

Selalunya umur-umur sekarang, orang akan tanya
"Dah ada boifren ke?Siapa?kerja apa?"
dan bila saya jawab tak ada, orang akan pertikaikan.
"Kenapa tak ade?mesti jual mahal dan etc"
dah macam satu kemestian pulak, lepas habis belajar/masa belajar, mesti ada seorang boifren/seorang girlfren untuk dikongsi perasaan nya. 

Bagi saya, perhubungan ini kena ikhlas. Saya harapkan pada yang ikhlas. pada yang terima saya seadanya. Cacat cela saya. Buruk nya muka bangun tidur saya. Dengar bebelan saya. Pandai pujuk rayu masa saya merajuk. Dan kalau boleh, saya tak ingin bercinta. Perasaan nak bercinta tu ada, even saya pon dah rangka segala macam benda saya nak buat, kalau lah saya bercinta,kalau  lah saya ada pendampingnya. Tapi, sepatutnya kita cuba avoid menda-menda yang mendorong ke arah maksiat ni. Ya, kearah maksiat dan seterusnya bergelumang dengan dosa-dosa. Dan saya sedang berusaha kearah itu. Mungkin.

Setiap manusia pon ada rasa kasih sayang. Rasa ingin dicintai, rasa ingin dibelai dan sayangi. Semua pon tak dapat nafikan. Tapi cuba kita salurkan rasa kearah yang betul.Okeylah, ada boifren/gilfren ni macam-macam kita boleh kongsi. Ada masalah, boleh je terus bercerita,sharing problems. Rasa busan, ada yang boleh meneman. Rasa lapar, ada je yang boleh membeli makanan. Macam-macam. Tapi, semua ni pon kita boleh lakukan dengan kawan kita kan? sama je keadaan. Kalau dengan kawan(tak kisah sama jantina/tak), mungkin lagi senang, tak terbatas perhubungan. Kau, aku nak buat apa, sama-sama je.Nak malu pon sama-sama, tak perlu kaver-kaver.Tak perlu manja-manja atau gedik-gedik.

Saya bukan jual mahal atau apa. Entah. Mungkin saya tak berapa berminat kepada hubungan yang semacam ni. Habiskan kredit, habiskan masa, ganggu waktu tidur, atau mungkin saya tak bersedia kearah perhubungan macam tu. (Ni macam dah kes anti-couple!haha). Okey, ada jgak yang cuba dekati, tapi saya cuba jauhkan. Mungkin jgak lah, saya ada perasaan yang kuat --> Menanti pada yang tak pasti. Entah. Saya fikir mungkin dia jodoh saya, sebab tu saya tak pernah terima orang lain. Tapi, kalau dia datang approach pon, mungkin saya akan suruh dia pikir berkali-kali dulu. Sebab apa?kenapa?dan give me d reason? (cehhh.)

Susah kalau nak cakap pasal Jodoh ni. Sebab ianya takdir Tuhan. dah tulis dekat Luh Mahfuz. Siapa jodoh kita nanti, siapa sebenarnya pemilik tulang rusuk ni(pengaruh novel:p). Yang penting sekali kita boleh berusaha. Selepas sembahyang, bawak-bawak lah berdoa pasal jodoh. "Ya Allah, kurniakan daku jodoh yang baik dan beriman, yang dapat membimbing aku kejalan yg benar.Amin" (saya baru je mula berdoa pasal jodoh lepas tahun ke-4 belajar.haha.) Sebab itu kita tunggu dan lihat lahh, Kalau Ada Jodoh, adalah. Takkan kemananya si Dia tu. Tak payah nak susah-susah, bercinta bagai nak rak sampai 4-5 tahun, tapi pengakhirnya, tak kemana. Buang karannnnn je nanti. Mencari tu boleh,cuma kena betul-betul yakinlah sikit dia tu jodoh akhir hayat, jangan ingat nak buat stok main-main je.

p/s: okey,dah macam kaunselor cinta plak dahh.hihi

"Rambut tu Aurat,"pesan ustazah.

Ingat tak dulu-dulu,zaman sekolah rendah.
Ustazah akan banyak kali pesan atau ajar...
"Seluruh anggota perempuan tu aurat kecuali Tapak tangan dan jgak muka"
Ustazah akan remind banyak kali jgak, supaya anak-anak murid akan tahu aurat dia dekat mana dan sampai mana. Tak ustazah, mak pon akan pesan.Mak pon akan didik anak-anak dia, supaya pakai tudung, berpakaian sopan, dan jaga aurat, tatasusila dan sebagainya.

Aurat tu WAJIB dijaga. Rambut, perhiasan, wangian, banyak aspek yang dirangkumi
Sekarang semua pon dah besar kan, semua pon pandai jaga aurat sendiri. 
Simple concept: Kalau tayang aurat, dapat dosa. Kalau jaga aurat,dapat pahala.
"Elehh, dia pakai baju ketat, jaga aurat ke?," Saya tahu,saya tak layak untuk berceramah atau tegur tentang aurat-aurat ni. Ya, sebab saya pon pakai baju sedikit ketat dan singkat. Saya tahu saya salah dalam pakaian saya ni, tapi saya terlalu terdorong dengan nafsu saya. Jadi, memang saya tak layak nk menegur pasal aurat ni.

Tapi, satu je pesan saya. Kalau awak tak jaga Aurat awak, cuba jaga Aurat orang lain.
Orang yang menutup auratnya tak sama dengan orang yang selalu dedahkan aurat.Fahamkan?
Kalau awak,awak awak nak free hair, suka hati awak laa. Sebab awak dah belajar, dan awak dah tahu, kalau dedahkan aurat itu berdosa. Tayang rambut awak yang cantik tu, buah dada awak yang menggiurkan tu, atau betis awak yg putih melepak tu ke.Saya dah tak kisah dahh.Tapi, cuba awak jaga aurat orang lain. Cuba awak ambil kisah tentang orang lain. Penat orang susah payah jaga auratnya, sekelip mata awak biarkan macam tu je. Orang lain cuba mengurangkan dosa, bukannya macam awak yang suka-suka menayang macam tu je.

Ohhh.saya tahu, mungkin alasan "Tak dapat hidayah and so on" boleh jadi alasan awak. Entah.Kalau tak bersungguh, mana nak dapat hasilnya. Kalau awak dah menurut sangat nafsu /hasutan syaitan awak tu, memang dah tak boleh nak ubah!Mungkin selamanya akan ditakuk lama. 

p/s: Mood emo, sbb tadi baru lepas mandi, tiba-tiba ade lelaki depan rumah. Urghhh! Geram okey!