"Dah ada boifren ke?Siapa?kerja apa?"
dan bila saya jawab tak ada, orang akan pertikaikan.
"Kenapa tak ade?mesti jual mahal dan etc"
dah macam satu kemestian pulak, lepas habis belajar/masa belajar, mesti ada seorang boifren/seorang girlfren untuk dikongsi perasaan nya.
Bagi saya, perhubungan ini kena ikhlas. Saya harapkan pada yang ikhlas. pada yang terima saya seadanya. Cacat cela saya. Buruk nya muka bangun tidur saya. Dengar bebelan saya. Pandai pujuk rayu masa saya merajuk. Dan kalau boleh, saya tak ingin bercinta. Perasaan nak bercinta tu ada, even saya pon dah rangka segala macam benda saya nak buat, kalau lah saya bercinta,kalau lah saya ada pendampingnya. Tapi, sepatutnya kita cuba avoid menda-menda yang mendorong ke arah maksiat ni. Ya, kearah maksiat dan seterusnya bergelumang dengan dosa-dosa. Dan saya sedang berusaha kearah itu. Mungkin.
Setiap manusia pon ada rasa kasih sayang. Rasa ingin dicintai, rasa ingin dibelai dan sayangi. Semua pon tak dapat nafikan. Tapi cuba kita salurkan rasa kearah yang betul.Okeylah, ada boifren/gilfren ni macam-macam kita boleh kongsi. Ada masalah, boleh je terus bercerita,sharing problems. Rasa busan, ada yang boleh meneman. Rasa lapar, ada je yang boleh membeli makanan. Macam-macam. Tapi, semua ni pon kita boleh lakukan dengan kawan kita kan? sama je keadaan. Kalau dengan kawan(tak kisah sama jantina/tak), mungkin lagi senang, tak terbatas perhubungan. Kau, aku nak buat apa, sama-sama je.Nak malu pon sama-sama, tak perlu kaver-kaver.Tak perlu manja-manja atau gedik-gedik.
Saya bukan jual mahal atau apa. Entah. Mungkin saya tak berapa berminat kepada hubungan yang semacam ni. Habiskan kredit, habiskan masa, ganggu waktu tidur, atau mungkin saya tak bersedia kearah perhubungan macam tu. (Ni macam dah kes anti-couple!haha). Okey, ada jgak yang cuba dekati, tapi saya cuba jauhkan. Mungkin jgak lah, saya ada perasaan yang kuat --> Menanti pada yang tak pasti. Entah. Saya fikir mungkin dia jodoh saya, sebab tu saya tak pernah terima orang lain. Tapi, kalau dia datang approach pon, mungkin saya akan suruh dia pikir berkali-kali dulu. Sebab apa?kenapa?dan give me d reason? (cehhh.)
Susah kalau nak cakap pasal Jodoh ni. Sebab ianya takdir Tuhan. dah tulis dekat Luh Mahfuz. Siapa jodoh kita nanti, siapa sebenarnya pemilik tulang rusuk ni(pengaruh novel:p). Yang penting sekali kita boleh berusaha. Selepas sembahyang, bawak-bawak lah berdoa pasal jodoh. "Ya Allah, kurniakan daku jodoh yang baik dan beriman, yang dapat membimbing aku kejalan yg benar.Amin" (saya baru je mula berdoa pasal jodoh lepas tahun ke-4 belajar.haha.) Sebab itu kita tunggu dan lihat lahh, Kalau Ada Jodoh, adalah. Takkan kemananya si Dia tu. Tak payah nak susah-susah, bercinta bagai nak rak sampai 4-5 tahun, tapi pengakhirnya, tak kemana. Buang karannnnn je nanti. Mencari tu boleh,cuma kena betul-betul yakinlah sikit dia tu jodoh akhir hayat, jangan ingat nak buat stok main-main je.
p/s: okey,dah macam kaunselor cinta plak dahh.hihi
5 comments:
Dilahhhh..I agree with you
moga cepat sampai jodoh awk tu
may the best man win
luv u
tak payah nak susah-susah, bercinta bagai nak rak sampai 4-5 tahun, tapi pengakhirnya, tak kemana.
aduhhh...ibarat kena panahan tepat di dada i.
bercinta ialah sesi perkenalan. ibarat melihat kapkek yg cantik tp rsnye kite x tau. tu sbb kena merasanye...baru tau sedap x sedap. jgn harap deco cantik rs pn musti sedap. x rs mane nk tau. x kenal mane nk cinta
hani: may d best man win?ihihi.love u too:)
wawa: hihi.sabariah ye:p hmmm, tak kenal maka tak cinta. tp kalo kenal bertahun lamanya, cinta, dan lepas tu kena tinggal macamana? ;p
aiceyhhh.
bila pempuan umo mcm kite takde bf ini lah isu paling hangat.
menyampah i nokk.
macam la hidup ni bergulir pasal berpasangan aje.
kan?
aish, mmg tersusuk panahan kat wawa..huhu
btol 2, bercinta adalah sesi perkenalan, x kire la brape lme..tp lg skjp lg bgus utk mengelakkan maksiat..klu pndai jge dri n blum smpai jodoh, doesn't matter n it is not wasted for u to know that guy bertahun lmenye..itu sumekan pengalaman, sape kate membazir..huhu
wateva it is, kite juz ikut flow je la..smbil 2 berusaha cr jodoh.. after all, experience all that matters..
Post a Comment