December 31, 2014

Untuk tahun 2014

Dan untuk tahun ni, aku lebih kepada mengenali diri aku
too many things yang aku tak tahu
dan aku ingat sebenarnya benda tu normal
tapi tak normal rupanya

Aku baru discover yang sebenarnya aku lactose intolerant
selepas 27 tahun, aku baru tahu fact ni 
kat malaysia, dah sah la aku tak minum susu. Yogurt boleh tahan lagi
datang sini, konon nak breakfast cereal (ala omputih kan), 
tengok-tengok perut bloating, penuh angin. lama jgak aku nak sedar menda ni
lepas 3 bulan camtu baru aku google kenapa perut bloating
bunyik macam perut lapar, padahal perut aku takleh digest.
Sekali tu bunyi kat library, budak sebelah aku gelak kihkihkih. 

aku ingat bunyi perut ni tak kuat sangat.hmmm. malu je.
tapi, aku still keep calm & eat chocolate lah kan. 
sebab chocolate makan favourite kot, and now I realize
aku pun dah tak boleh makan chocolate. Pity me!
sebab chocolate pun bawak effect yang sama macam susu, tapi sikit lah. 

Tahun 2014 jugak aku dapat tick column "achieved dreams" aku
sambung buat phd is one of my dream
aku ingat aku able to do, tapi ni dah nak dekat setahun
aku lebih kepada main-main
and aku sebenarnya "easily distracted".
--> ni tulis blog, padahal tadi aku tengah semangat tulis report aku
semuga next year (2015) will be a great year.
aku taknak main-main dengan belajar ni, 
nak ada phd, kena lah berusaha. and this thing is not easy man.
Semua depend dekat diri kau sendiri
and another dream ialah aku dapat tengok aurora! hehehe
so, Iceland trip was nice, tapi menyesal plak aku pergi sekejap je.
takpa, next time I will come back. Manatau honeymoon ke.haha
Berangan nak kahwin, padahal phd kau terumbang ambing 

- I keep remind myself about this

Then tahun ni pun tahun mendukacitakan. brokenheart.
aaa semuaorang pun akan alami fasa yang sama. 
tapi takpa, semuaorang pun ada jalan bahagia dia, 
kita hidup as we live lah kan. surround with people
meet new people, sebab people come and go
takkan kita nak stick pada sorang yang kita percaya dia "jodoh" kita
believe me, if they want you, they will put some effort to catch you
kalau buat dunno, means nothing lah kan.kihkih
lepas setahun baru ko nak move on. blerghhh


So, welcome 2015! just another year pun, 
tapi jangan lupa kiamat pun nak dekat
dan hidup kita ni bukan untuk dunia,
sebenarnya 
hidup kita untuk akhirat. 
Allah saja nak uji manusia-manusia ni hidup dengan kehidupan
dunia yang cantik serba indah ni, 
dan nak tengok manusia mana yang lalai dan leka, jauh dari dia. 


Cahaya utara

Finally, my dream comes true!
I really want to see the majestic northern light, 
With various colours
Green, purple,and red
Dancing beautifully in the air
Argh, why I just spent 4 days in Iceland?
why work whyyyy?
I should come back, or maybe aurora hunting in Norway? would be great, 

kapoof! (my phd keep haunting & destroying my dreams.hahaha) 




taken with Fujifilm x100s. I'm sorry for the blur image.
I haven't discovered the camera setting to take this kind of light
so that's why I need to repeat the mission! 

December 4, 2014

Muncul

Selepas beberapa purnama, dia muncul
dalam mimpi
tenangkan aku, dan berjanji

"It's okay. everything will be fine" 

Boleh tak, kalau dia hadir dalam realiti
dan lafazkan macam dalam mimpi? 
that Everything going to be fine
yang dia akan ada dekat aku sampai bila-bila
yang kami akan bersama

dan mimpi aku tu, mimpi kena kahwin paksa
dan dia datang tenangkan, and confess
that he'll be the one yang akan selamatkan aku
Dah lah, cukuplah. Itu hanya mimpi! 

November 13, 2014

Berjalan terus

"Jadi, ni cara awak move on? tinggalkan saya macam ni je?" soal dia. 
Lepas dah lama kami tak berhubung. 
Mungkin sebab jauh, atau mungkin sebab dah takde hati.
Atau mungkin sebab dah malas nak melayan perasaan yang sendiri rasa ni.
"Habis tu? nak saya tunggu apa?Tunggu sampai awak luahkan? sampai awak datang balik? " bertalu dia tanya. 
Mungkin, dia dah malas. atau mungkin dah dapat rasa.
There's nothing going to be happen.
Nothing means nothing. 
Kalau ada graf, mungkin kosong je skala graf,
langsung takda turun naik graf. 

"sampai sini je. aku takkan berharap lagi" kata dia pada akhir itu. 
dan selamat menempuh hari yang mendatang. 


October 25, 2014

Scottish weather

Scottish weather yang kerap berubah
Unpredictable, susah nak jangka
sekejap panas, kemudian hujan
kemudian panas, dan mungkin esok
redup, gloomy sehari

dan kau macam scottish weather
susah nak faham, susah nak tafsir
unpredictable
Apa yang dalam fikiran, apa yang ada dalam hati
semua aku tak dapat bayangkan

Lelaki aneh,
aneh dan sangat aneh. 
sebab kau mampir dalam setiap perkara yang aku lakukan
sebab ada dalam hidup aku tiap harinya
dan ada dalam doa aku, sekian kalinya

October 19, 2014

...of a stranger

Memories of a stranger lyrics
You
At one point, I had to let you go with tears
But now, I talk about you with a smile
Are you doing well? I sometimes get casually curious
Now it’s just a past memory
That I take out from time to time
A short excerpt of a memory in my worn out drawer
You
At one point, you were my everything
Now it’s even hard to remember
I haven’t really tried hard to forget you but that’s how it is
Now it’s just a disappearing memory
A broken piece of time in my worn out drawer that will be forgotten some day
That will be broken down
I only remember that we laughed a lot and cried a lot
I want to think of you for the very last time but…


p/s: Favourite band Lelaki aneh

October 16, 2014

Perkara Misteri

Percaya kuasa tuhan, kuasa Allah
sebab apa-apa pun semua dari Allah
Apa yang nak jadi pun, semua Qada' dan Qadar
dah ditetapkan Allah 

dan jangan cari Allah dekat langit, 
cari dalam hati. 
Ada tak Allah dalam tu? sekelumit, dua kumit?
Dan hidup kat dunia ni sekejap je, yang kekal abadi di akhirat sana
(I need to remind myself about this)

Aku anggap hidup ni misteri. 
Kita tak tahu, kita tak duga,what's going to be happen next
esok mati? esok hidup lagi? esok sakit, lumpuh?
anything can happen. 
dan apa pun, kita ada kuasa DOA kepada Allah
and may He grant our wish. 
dan aku memang percaya kuasa doa.

Doa sungguh-sungguh, dan aku akan dapat apa yang aku nak. 
sebab Allah tu Maha Mendengar. 
dan aku rasa hidup aku penuh misteri, 
Bila Allah makbulkan doa-doa yang aku nak.
Syukur sangat-sangat. Alhamdulillah

dan aku harap, doa supaya aku jauh dari api neraka tu, 
Allah makbulkan. Aku takut. Azab pedih, panas berjuta kali 
dan Semuga doa-doa kita dimakbulkan Allah.
Ingat, DOA! dan ofkos, kena usaha sekali.

October 15, 2014

Kriteria

Bila cerita pasal jodoh ni, 
Orang tanya aku "Apa kriteria-kriteria yang aku cari" 
Hensem ke, hidung mancung ke, muka cam mamak ke apa?
Aku jadi kelu. 
Aku agak macam takda mencari kriteria-kriteria tertentu.

atau mungkin ada.
Aku nak orang yang ajak aku solat.
takat ni, selama aku kenal-kenal orang,
takde lagi yang ajak aku solat dulu.
Can this be one of the criteria? haha


dan mungkin "Lelaki aneh" is one of the example
Kriteria yang dicari
Pemikiran dan gaya beliau yang aku consider "outstanding"

but no, I'm not sure if I can stay,
sebab "Lelaki aneh" itu aneh 

September 12, 2014

Hilang

Part 1:
Dia dalam ramai. 
Tenggelam dalam sesak nafas orang
Hilang, kabur dari mata. Terus, hilang


Part 2: 
Degup itu hilang, 
entah ke mana.
Jadi, mana hilang rasa cinta?


Part 3: 
I lost in another galaxy, where u can't find me.
Help me, rescue me, so I'm not alone in this new dimension


Part 4: 
Aku fikir rasa kita sama, 
rasa cinta,bahagia, rindu, cinta
tapi tak. aku silap. 
Itu apa yang aku rasa. kau rasa? 
kau hilang rasa, hilang nikmat semua. 
sebab kau kata, kau tak rasa. 
terus hilang rasa aku semua. 

Cerita pendek

Semua cerita pendek-pendek yang ada dalam blog aku ni, 
semuanya rekaan semata-mata
takde kaitan dengan yang hidup atau yang mati
tapi ada kaitan sikit laa dengan perasaan/jiwa aku

Aku suka berangan. so, kalau dah takde keja sangat, 
aku menaip cerita pendek. 
(SV suruh taip LR lambat plak. nak kena pang! kau ni)

Pandai nyer!

Sepanjang hidup ni, aku tak pernah dapat nombor 1.
2 pun tak pernah apatah lagi 3. Selalu top-10 je

Naik pentas pun masa keputusan exam-exam besar. 
skor for upsr, pmr and spm. 

Mak pernah cakap yang aku pandai bukan sebab aku pandai. 
I'm not born with this clever brain. 
tapi aku pandai sebab rajin. 
Rajin dan berusaha untuk skor, so aku skor. 
and aku pun memang rasa tak pandai.
otak aku limited untuk process certain data je, 
yang lain-lain tu terus dia blur, keluar error.hehe

and sepanjang hidup ni, I found out that guys usually know everything.
Almost everything.
rasa cam semuaa menda dia tahu, and ilmu aku ni kecik jer
and how to think like a man? 

and one of my father's friend pernah cakap camni
"Nak buat phd ni, tak perlukan orang pandai.
asalkan dia nak buat, dan dia berusaha. dapat lah ijazah.

Everything depend on him/herself"

aku pun rasa camtu. kalau kita nak, kena la berusaha.
Then, baru kita dapat apa yang kita nak. 
So, jangan ingat aku pandai sebab aku memang tak pandai. 

Konflik

Makin teruk konflik dalaman aku sekarang
makin teruk, macam kanser yang merebak secara senyap
tau tau dah stage 4
(ayat nak bombastik)

Aku tengah mengalami konflik dengan diri sendiri, 
which is aku susah gila nak membaca lately
susah susah susah sangat nak membaca
bukan tak reti eja, or kabur ke apa ke
cuma, habit membaca aku memang dah takda. kosong. nil

aku malas, aku biar je berlarutan. 
aku kira ni konflik paling besar, sebab dah la tengah buat research
taknak baca plak, dah tu experiment ko based on apa
nak diskus result apa (ketuk kepala sikit)
bila SV tanya, aku bole jawab based results experiment, 
tapi bab discussion aku jadi lambat pick up
tertinggal keretapi.

aku rasa bersalah gila bila aku tak baca any journals/ articles
tapi, motivation tu takdak. 
langsung takda. bukak for 1-2 minutes, aku baca intro
lepas tu aku distract to other things. 
Argh! aku benci bila aku rasa bersalah aku tak baca
aku nak motivation for reading! 


(Aku tau konflik tah apa-apa) 
Aku malas nak fikir masalah cinta ke, kecewa ke. 
Sekarang ni, biar Allah tentukan semua. 

Dah tu, korang tolong sikit motivate aku suruh baca buku ni. komen kat bawah. 

August 28, 2014

Friendly

As orang yang kenal aku, orang akan cakap aku peramah
boleh sembang dengan makcik-makcik
dari cleaner, ke makcik dalam bas
dan semua orang lah. 

so far, dekat sini boleh lahh. ada yang peramah, 
ada yang pandang semacam ja. 
garang je, tak nak balas aku senyum. 
tapi yang friendly tu, rasa ahhhh. you make my day! 
but mostly yang friendly ni makcik/pakcik
budak-budak sebaya atau kanak-kanak hingusan semua hampeh
nak kata stereotype pun, entah laa.

tapi, aku suka budaya kat sini. 
sumeorang akan tanya "Hi, How are you?" or "how are you doing?"
soalan utk setiap orang yang jumpa.hahaha. SETIAP KALI okay! 
rasa lawak pun ada, sebab kt Malaysia, takde budaya camni. 
and ofkos, kena tanya balik " how bout you?" kan. 
and then continue to the conversation

lagi satu, bab bagi salam. 
kt Malaysia, mana penah abang ke mamat mana-mana nk bagi salam
ni abang pakistan bagi salam. aku jadi tersipu malu kt situ.hehe

Kerna kamu cuma satu

"I want to call you for last time,"Aku beritahu dia sebab apa aku telefon. Dia hanya mengiakan dari sana. Pukul 8 malam waktu Malaysia.

"I'm not doing like the other girls used to do. Kita ni, bagi aku ada satu tarikan magnet. We both remind each other, tapi taknak mengaku dua dua,"aku terang pada dia.

"Apa yang buat kau cakap macam tu?"tanya dia. Aku mati kutu.Aku tak pasti tentang ini.Ini kan perasaan dia.Cuma, aku ada rasa yg terlalu kuat untuk dia,and I think he feel the same way too.

"Just my feeling.Otak aku ni, aku rasa tak function dah bila semua menda nk relate to you. Everything. Kadang2 rasa macam i was so over you, ikut nafsu sendiri. I want to feel free,"terang aku.Puas hati bila dah jelaskan kan. Its been 7 years we know each other. Tapi baru sekarang aku confess. Supaya tak serabut kepala otak lagi. 

"Aku tak expect yang akan jadi camni. Ko tahu kan yg we both just friend, not more than that,"dia jelaskan.Simple jawapan dia tapi tertusuk terlalu dalam.

"And how to stop forget you? Kau macam hantu, selalu ada dalam kepala otak aku. Berlegar-legar, kacau konsentrasi aku"
"Just move on.Maybe kita takde jodoh. Nanti-nanti ada la yg datang masuk minang tu. U're such great girl. Dah belajar tinggi-tinggi,mesti nanti ada yang masuk minang tu,"jawab dia. Ishkk.Dah la susah nak lupakan dia, dia cakap macamni plak. 

Maybe we're not destined together, cuma aku je yg lebih perasan on everything what happen between us. Hehh. Otak, cepat recover! Lets meet someone new! 

"Jangan risau,one fine day, ko akan jumpa jgak Calon Masa depan ko tu. Mungkin dia ada je kat mana-mana tapi ko tak sedar. But one thing, keep praying. Doa, mintak kt Allah."

August 7, 2014

Hygiene

Ini mungkin second time aku cerita pasal kebersihan ni
Aku ni bukanlah Mysophobia, atau pembersih sangat
tapi, at least everything should be clean
eveything should be in order/organize
dan aku rasa macam SEMUA PEREMPUAN patut ada sifat pembersih ni

tapi itulah, tak semua ada sifat pembersih ni
Penat weh. If you need to clean everything on you own, 
when the space is a public space. Semua orang guna
and not everyone considering others while doing things
Fuhhh. 

and I'm not a person who can express their anger 
Simpan dalam hati je lahhh. pastu, makan dalam
pastu, terpaksa lah clean all the things by myself. HAHA

and you can't detect orang tu bersih ke tak, 
UNLESS you live/ stay with her
experience by yourself. 
Nasib kau baik kalau kahwin dengan orang pembersih
and nasib kau tak baik, bila kau yang kena kemas & cuci everything
bila kahwin dengan orang tak bersih. 

Sila lah jadi seorang yang BERSIH untuk dapat hidup SIHAT & SEGAR. 
"FRESH & CLEAN" omputeh kata

Semua makin singkat

Makin singkat, makin pendek. 
Kadang-kadang aku pun pelik, fikirkan lelaki-lelaki kt sini
whether dorang dah immune, ataupun dah bosan tengok
perempuan dengan hot pant, short skirt. 
Baju labuh habes dah, sampai tutup punggung, 
tapi seluar pakai hot pant
skirt tu kalau boleh pendek, mungkin akan potong sampai nampak panties
and baju kalau bole tayang, tayang sampai nampak semua
Bare back, lurah semua ada
Fuhhhhhhhh 

aku pelik dengan lelaki dekat sini sebenarnya
sebab aku yang perempuan ni, bila ternampak tu, 
macam terkejut lah lagi. "Besarnya, putihnya (just cakap dalam hati)"
and what happened to those guy yang dapat tengok? 
Apsal tak berdarah pun hidung korang?
hahaha. ataupun dorang anggap macam rezeki, orang nak tayang

Erghhh. mungkin dorang kuat iman. 
Mungkin. 

Nah satu video untuk korang hadam.(Aku masih tak paham jgak)

May 4, 2014

Putar kembali masa

Andai masa itu dapat dikembalikan
andai aku dapat kembali kepada situasi itu
ahh, apa yang dah aku buat
something "unthinkable", out of mind

Lelaki aneh kerap mampir dalam imajinasi 
Menganggu konsentrasi aku 
Menganggu tujuan aku
argh, bingung

Jadi, aku fikir solusinya mudah, 
Nyatakan, lepaskan dan biarkan 
sepatutnya ia berlanjutan kepada diskusi dan solusi
supaya aku tak merana
aku tahu akan ada rejection
tapi, tindakan refleks aku, dan cara aku
jawapannya tergantung. Macam kisah lelaki dan pari-pari
penuh khayalan

Wahai lelaki aneh, 
"If my phd was ruined, its all because of you!"
Aku sumpah kau dalam hati. 

March 29, 2014

School holiday comes to end


This should be my last post in December.
What had I done, during "unemployed" 
More to school holidays, because I'm waiting for the uni application, 
scholar lagi, bukan nya tanak keja kann.hehe
So, it's been 7 month ke, duduk rumah, 
plus, travelling here and there

What I do during school holidays? ehemmm.

Operasi mengecat rumah. Rasanya dalam 60% utk rumah tu, di cat oleh aku.
Tuff kan?kan?haha. and aku gerenti, takda sapa nk cat rumah,
so i just volunteered myself. And it takes about 3 weeks, nk abeskan semua.
tapi part belakang rumah, dah tak larat nk abeskan.haha.
Pancit jugaklahh mengecat ni, plus, makin hitam legam.
 Then, Sewing projects. tapi dah delete plak gambar dalam phone :(
so I sew some of palazzos, and kimono cardigan,and a maxi dress!

The "turqoise" jubah is my artwork.haha
and this is what happened when you have crazey siblings.
and so, I missed kebisingan orang-orang dekat rumah
Selain tu, travel je lahh. sempat pergi Ipoh, JB, Terengganu, Penang & KL ofcourse.




Ini lebih kepada sindrom baru transfer gambar. 
So macam-macam nak upload.
and more to forget about the past.

To Masa depan, please be good. 

Small mistakes

Aiyayaya, I would say sometimes rasa macam tak suka kt diri sendiri
because keep thinking about small matter.
erghhhh
susah betul nak get rid of the small things
and sometimes rasa macam, I wanna lost all memories, 
and have a new life later, which is of course will be harder

But this small matters kadang-kadang, keep haunting me
even the small mistakes
i would say that I'm taking something seriously, 
even a small things. and it even ruined my moooooodddd.
Ishk, rasa tak syok lahh.

Memories, please fade away. 

KeEdinburghkita

Tiru tagline kekoreakita by meor & wak doyok.hehe
Btw, Izz come all the way from Germany, and visit me. 
Izz shortname for Izdihar. sebab tersasul banyak kali, and my friends thought of guy name.
But of course, it is girl's name.hehe. 
So, this also my first time touring Edinburgh city.
Sebelum ni takat-takat cuci mata shopping dekat princes street, and 
jalan around mosque ja. and there not so much things to visit, 
boleh laah jalan-jalan, sambil menentang angin yang sejukkk.

So, enjoice the pics!

This is Scotland. Lelaki pakai skirt.hehe.
actually nama skirt tu Kilt kot, i'm not sure.
and of course, alat muzik yang dia main tu. (blame on me, sbb taktau tu menda alah apa)

In front of Edinburgh Castle. Kena mendaki jugaklah nak naik castle ni.
tapi tak masuk dalam pun, just assume that it is same for all castle.

Alaaa.malas nak rotate. Me at the top of Camera Obscura.
Rasa cam sama jaa city utk setiap tempat.

Camera Obscura

Dua alien datang menakluk edinbrehhhh

and we go to the beach! This is Portobello beach, about 20mins from city by bus.


and Finally, Field of light in St Andrew square.
Just lampu lampu macam sperma shapes.hahaha

March 17, 2014

Maturity

"Maturity is not measured by age. Its an attitude built by experience"

So bila dah dekat negara orang ni, bermulalah sesi perkenalan dgn Malaysian yg lain.
and find out that, mostly budak-budak undergrad macam matured sangat
rasa macam "Alaa,aku ke yang tak matured?".gituhh
Dorang more ke"ibu"an, matang je tengok
pastu baik-baik, terer masak lagi.sedap mata mak memandang
sebab kekanak lagi, dorang takleh masuk list adik ipar.haha

So, quote kat atas tu cam betul lahh.
Maturity tu built by experience, maybe dorang dah ada kt oversea lama
so, dorang more matured compared to me
Mungkin bab independent ke, bab survivor skills dorang lagi banyak

tapi tu lahh, ada je kekanak yang cakap, perangai aku ni tak matured.
Entah. maybe certain things yang macam penting, 
matured tu ada la kot.
Aku ada lagi rasa nak kahwin, rasa nak ada baby,
 ni consider matured tak?hahaha

Nak buat cemana, tak sedar diri dah tua, 
selalu ja rasa muda. 
Fefeeling 23 gituh.

March 5, 2014

Bila?

Untuk rakan rakan yang sama baya aku, mesti dah lali
dan bosan dengan soalan bila
Bila nak kahwin?
Soalan paling tragik dan berkali kali kena tanya
Jawapan tu kang kalo jawab 
"tak jumpa lagi" nt kena cakap memilih
"tahun depan depan lagi" cakap nanti dah tua

Mulut orang wei.Memang takleh tutup
Bukan jaga tepi kain,maksudnya lebih kepada caring.ehehe.
Aku pun suka tanya kawan kawan jgak
"Bila lah kita nak kahwin ni? Berjanggut aku tunggu calon aku ni.
Mungkin dia busy menyelamatkan bumi"

Tapi, ada satu artikel cam best la kann. Betul la rasa nya
Dating wrong men

Ayat ni paling win
 "The guy who doesn’t prioritize you now is NEVER going to prioritize you."
Perempuan pun sama jgak. Usually, we will spend time & prioritize
someone yang kita sayang. Tapi, kalau dah sayang terlebih-lebih, 
and the other side buat dunno, 
baik kita undurkan diri, and stop wasting time on wrong guy kan.haha

Apa-apa pun, banyakkan berdoa.
Semuga jodoh kita nanti, orang yang dapat bimbing kita ke Syurga.
dan sama-sama masuk Syurga.InsyaAllah :)

Dari luar negara

Hello all! Currently dah sampai Edinburgh
More to say, Edinbrrrrr (Sebab sejukk!)
Sekarang tengah Mild winter, sebab nak masuk spring dah
but still sejuk, angin kuat waktu malam

About Edin, cantik kot! Subhanallah, memang cantik lah
sbb baru pas winter, pokok sume tinggal dahan je lah
and view from my room, is a lake
ada swan, itik pulang petang
Rasa tenang and nyaman ja,rasa mcm on vacation.hehe
Pastu pokok macam twilight plak, nak fefeeling bella tak bole, 
even ramai Edward cullen kt sini.hehe

I'm going to pursue PhD in Chemical Engineering
Ini yang paling neves.and I never expect that I'm going to do it
I need a wake up call!
This is reality, not fantasy, not a dream

Semuga segalanya on track, and I can contribute as much as I can for my project
Lepastu balik Malaysia dgn kejayaan. InsyaAllah


Yours truly, 
Duta kecik Malaysia di Edinburgh
Mood: Day 6 since the 1st day here (1st Mar 2014)
Semalam baru nak rasa jetlag sebab beberapa hari tahan mata

February 16, 2014

Last goodbye

Cerita ini hanya fantasi pemilik blog. 
Tiada kaitan dgn yang hidup atau yang mati.
Cerita dikarang masa mati kutu duduk dalam bas.

"So r u going to visit me?" aku tanya pada dia.This is going to be our last meet sebelum aku ke Aberdeen,meyambung pelajaran. Dia masih lagi kaku,memandang aku,seperti ada yg tersirat.
"Come, move and live with me in Aberdeen,"aku pelawa dia sambil ketawa. Dia pun turut ketawa. Aku harap he take it seriously.
"I'll visit u someday. about living together, it's hard decision.U know ...,"ayat dia tergantung disitu. Kelibat Abah menghampiri kami. Abah memberi arahan untuk check in sekarang, afraid that I'm going to miss the flight. Aku hanya mengangguk.
"So this is our last meeting,"aku nyatakan dlm nada perlahan.I'm not sure why I invite him to send me,but his presence here, mengejutkan semua ahli keluarga. Awkward scene orang cakap,tup tup, A stranger come and meet my family for first time. 
"Abah, emak ni kawan kakak,"aku perkenalkan dia kpd keluargaku. Dan Mak hanya tersenyum disitu, can't believe that "there is someone in my life" Haha.  

"Please take care of urself. Jangan cari duit kuat sangat. I hope u can achieve ur dream, and live happily," pesan aku buat terakhir kali. I'm not sure why, tapi aku rasa ini mungkin our last meeting. Dia hanya tersenyum. 
"You too.Have a great life,dan semuga jumpa jodoh disana" pesan dia.


That's the answer. That I shouldn't bother to wait for him or longing him for the period of time. There would be someone else outside there were fated to both of us. Ayat dia tu macam cakap "You should move on, dan tak payah nak tunggu tunggu" Aku menolak bagasi aku ke departure area. This is the last goodbye. 

Oh Jeneralku!

Bila jeneral dah keluarkan arahan, 
semua kena ikut perintah
taat orang cakap
"Do it!or I will kill you!" macam kejam sangat plak bunyinye.

Jeneralku sama, arahan nya semua kena patuh
Arahan dan tindakan dia betul
Semua betul
Tapi ada askar picisan yang ingin memberontak,
seorang tapinya. 
Askar yang menentang, tapi akhirnya kena mengalah
Mana boleh lawan jeneral beb!
komander pun bagi nasihat jangan melawan,
ikut je arahan jeneral, diam dan patuh

Dalam garang dan tegas jeneral tu,
masih lagi ada isi hati
masih lagi di dengarkan kisah si askar tadi
dia cuba hulurkan bantuan
dia cuba bantu dalam tegas

Askar kadang kadang gembira,
kadang kadang hendak memberontak
Angin takde, ribut takde, Jeneral suka ikut hati sendiri

Askar perlu larikan diri dari kem
mencari freedom
mungkin nanti, Askar sendiri faham
segala tindak tanduk jeneral adalah
cara dia tunjukkan kasih sayang

p/s: nasib jeneral tak keluarkan arahan suruh askar kahwin dengan pilihan dia.
Fuhhh.selamat part ni! 


February 12, 2014

Precious time

Kebiasaannya, waktu bangun tidur aku agak awal berbanding yang lain
Tidur lagi la awal, dalam pukul 1030 or 11 mungkin dah tidur
paling best, kadang-kadang tidur depan tv,pukul 9
kalau lambat tu, mungkin ada something distract me from sleep

"Kau buat apa bangun awal pagi?" tanya kawan-kawan.

Aku anggap pukul 5 pagi dan ke atas tu adalah precious time
waktu paling berharga yang kita ada
Waktu kita bersama dengan Tuhan. dekat dengan Allah
Waktu mana kita boleh minta, mengadu macam-macam dengan Allah
Waktu kita boleh menangis dan mohon ampun atas segala dosa kita
Waktu mana lagi yang kita ada, untuk Tuhan yang ciptakan kita?

Siang, pergi keja, pung-pang-pung-pang, balik pukul 530
waktu kerja pun, solat cepat-cepat, takut nanti bos cari
Rehat petang-Magrib-tengok tv-Dinner-Isyak-tidur
dah tu, waktu mana lagi yang kita ada?

Aku harap kita sedar, hidup kita kat dunia ni sementara
Memang sangat cantik lah, kalau boleh kita nak macam-macam dalam dunia ni
tapi tak kemana pun, sebab dunia ni sementara je
dan kita kena ingat, segala apa yang kita ada kat dunia ni, 
semuanya dari Allah. Allah Yang Maha Memberi lagi Maha Mendengar.

So, spend some time dengan Allah yang dah beri kita macam-macam ni
Paling koman pun, bangun tidur, Ucap Alhamdulillah.
Syukur, yang kita masih hidup, sihat, dan ada macam-macam.

Rakan-rakan, boleh refer Surah Al-Muzammil for more explanation :)


p/s: I'm not good either. tengah berusaha jadi yang baik.




January 24, 2014

Lelaki aneh

Kawan A: Dari jauh aku nampak memang lah mcm lelaki idaman kau. Macam lelaki yg kau suka.Spek,gaya,semuanya lah.

Kawan B: Cuba ko tanya dia, kot kot dia mandrem ko. Kot lahh ada jampi apa.
Angau lebih sangat dah ni.

Kawan C: Macamana kalau dia kahwin,masa kau kt sana nanti?
Aku: Aku frust nonggeng la kot.Sikit
Kawan C: Macamana kalo ko kahwin,kau rasa dia nak frust ke tak?
Aku: Yang tu kau tanya dia lah.Perasaan dia wei,bukan perasaan aku.

Kawan D: Korang jumpa lagi? Seriously? Asyik terserempak je, memang dia jodoh kau lah.

Kata nk move on tahun 2014.ni apa ni?
Macam kaki keras,tak bergerak selangkah pun.
Beku & kaku.
Sejuk sangat ke Malaysia? 

January 22, 2014

Cengeng

Ada satu perkara yang aku rasa loser which is
tak boleh marah orang. means tak boleh marah stranger la kot
something yg unsatisfied, lepas tu nak komen-komen, and marah
end up tak jadi, lepastu terus MENANGIS! 
loser gila rasa. nak kompelin panjang-panjang mesti tak jadi, 
nangis on the spot! kahkah

Kat rumah rileks je, marah adik-adik haa.
Dalam family, boleh la di list kan sebagai orang kedua paling garang.
After Abah okay. and kawan-kawan pun, 
boleh la tegur tegur sket, "apesal angle gambar aku tak cantik!" *sarcasm*

So, bila kt luar, hati kecik sangat.Cengeng! 
Paling tak boleh blah, nak marah cashier restoran, 
ingat nak cau je sebab order 30 min tak sampai, 
sampai depan kaunter, terus nangis.
pasal lapar jgak kot.hahaha.

Hati kental konon! cit.



January 11, 2014

Aneh

Dan tiba tiba ternampak dia di sebuah shopping complex.
Dan dijadikan cerita, jumpa sekejap sambil catch-up things

"Macamana kau boleh nampak aku eh?,'tanya dia
"Kau dalam lif, aku nak masuk tapi penuh.aku nampak kau, aku panggil lah,'jawab aku
"Tapi, macamana kau boleh nampak aku? Ramai-ramai orang mcm tu?"
"Kat mana-mana pun aku nampak kau. pergi mana pun, aku nampak kau,"


semalam, sebelum aku tidur, aku mohon agar dipertemukan dengan lelaki aneh.
yang tak diduganya, Allah dah makbulkan doa aku *wide smile*