January 25, 2010

under quarantine

lab under quarantine
gara-gara explosion acid reactor last week
kesian dekat mangsa-mangsa
gladly, i was not there during the incident
after sejam aku balek, baru dia meletop kebabommm
ah hong paling teruk kena impak
naseb kaca tak masuk mata dia, habis sluar koyak rabak dan bleeding sana sini
then, while i met him dekat PK, aku buat lawak
"ah hong, baru td i nampak u hensem tau!" lepas tu dia gelak-gelak
adeh.bole plak aku buat lwk kat org sakit(tak kena tempat daaa.hukhuk)

then, this week sumeorg pon tak kasik buat aktiviti dlm lab tu
takleh run experiment and bla bla
memandangkan takde sape warning aku awal-awal
awal-awal lg aku dah run.haha.whatever lah
jangan lah kuarantin equipment aku
ade lg 21 series tak siap lagi.
naya kalau takleh run,tak siap la report aku nnt
tak leh grad lah bulan 10 nnt.huwaaaa ;'(

p/s: gmba takde sbb henset aku cikai-cikai je.4 tahun beb.sem ni sume kosmet aku pon da stat tukar enset.tinggal enset muzium aku ngan farhana aqilah je lah.haha.takpe, still boleh guna kan? :D

January 24, 2010

Tidur

arini telefon mak, sbb semalam mak merajuk
merajuk sbb aku ckp, "orang tua mana pakai kain cotton"
siyes.aku tak jumpa lg orang tua pkai baju cotton
taktau kot2 mak-mak korang ade kan.
last-last, aku beli jgak.takot mak merajuk lama-lama ngan aku.hehe

aku: mak, jangan la merajuk lagi ye.bla bla bla
mak: manada mak merajuk bla bla bla
aku: mak, td telefon merah, dia tak angkat bla bla
mak: haaa, dia tukar sim la tuh.bil celcom tak bayar.sumeorg bayar sendiri ye
aku: haaa, tu lah.nk no bil dia.nk bayar online bla bla
tiba-tiba ada suara abah.suruh pegi kedai, bgtau number and nama abah kat kedai bla bla.
p/s: no celcom ni yg 1+6 , dulu mak bayarkan.sekarang tak dah T__T
aku: erkk.mak tgh tidur ke?takpelah.pegi la tidur.
mak: aik.otak tu baik sikit ye.pandai plak nak cakap orang tidur.siang-siang, panas-panas ni, mana tidur2.
aku: hahaha.ye la.dah tibe2 dgr suara abah kat sblh tu.kot kot la tgh tidur
mak: dah.otak tuh pikir macam-macam btol.pegi baca buku.
aku: haha.ye ye.dah mak g sambung tidur.hehehe


p/s: ayat tidur aku tu bunyi macam jahat ke?otak da kuning.ni didi punya pasal, ajar aku.hahaha

January 22, 2010

entri khas

khas untuk muhammad adli b.abd rahman
atau nama glemer carrot lobak
atau nama poyo adli adlo, adli takde ****

kehadapan adik disayangi,
sudah 3 hari kereta kita tersadai di hadapan kolej akak.adik tak perasan kah?atau adik buat-buat tak perasan? kereta tu memang bukan manusia, yg ada perasaan.tapi dia ada enjin dik.enjin dia lama-lama tak stat kang, jadi lain plak.dengan cuaca sekarang ni, yang tengahari panas nak mampos, petang hujan plak.adik tak rasa ianya menggalakan proses pengaratan? proses pengaratan bahagian2 kereta akak ni.haih.akak tahu, bukan nama kereta akak lagi.tapi akak sayang kereta tu, sbb akak tahu nnt akak dapat.hahaha.so, adik cepat-cepat la cari bateri balik oke?

akak memang tak boleh diam, adik tahu kan fact tu?duk kolej lama-lama buat buntut akak jadi panas.tak senang duduk.mana saja akak nak pegi.tapi, adik tak repair kereta tu lagi.adik tak letak baterinya lagi.habis,mana akak nak jejak ni?akak dah la tak betah duk kolej lama-lama.nak suruh naik bas?huh.dah lama jgak akak tak naik.rasanya kali terakhir adalah semasa akak dalam tahun 3.dah tak sesuai naik bas oke? :p

so adik, cepat-cepat la charge bateri kereta dan letakkan balik ye.
akak byk kerja, byk tempat dan byk urusan nak guna kereta.
assume hari-hari penantian akak ni, hari giliran adik gunakan kereta
minggu depan akak nak rembat seminggu okeh! ;D

selamat berhujung minggu adik ku sayang.



akak rindu dengan kem-kem yg boleh berjalan.

hati.

hati mana tak senyap? hati mana tak gusar?
hati mana tak kering?hati mana tak gelisah?

hati
susah bila berbicara tentang hati
hati sana kena jaga
hati sini pun kena jaga
hati aku?siapa mahu jaga?
ada kau kisah hati aku?ada kau kisah perasaan aku?
aku simpan dalam diri sampai
termakan dek diri

hati
bila berbicara memang tak cukup masa
hati aku dan hati dia bertaut
hati aku dan hati dia  berpecah
hati aku dan hati dia takda persefahaman
lantas, apa gunanya hati?


p/s: gila jiwang aku pagi ni.hahaha.

January 19, 2010

seeeeeeeee

kalau nak tengok aku senyum sampai telinga
tunggu sampai jpa masuk
serius,
seeeeeenyyyyummmmmmmm aku sampai telinga :)




p/s: duit dah masuk.heaven gila! hahaha

January 18, 2010

.



Jika kau dapat memahami hati seorang perindu
Baru kau tahu derita hatiku
Jika suatu hari nanti giliran kau merindu
Baru kau ingat derita diriku
Segala yang berlaku bukan kemahuanku
Apa gunanya bahgia
Jikalau bahagia bersamamu hanyalah untuk sementara waktu
Aku pilih derita merinduimu

Derita Merindu - Ahli Fiqir

shadap!shadap!

haihh.dah banyak alasan yang dorg berikan
2 minggu lepas kata minggu depan
minggu lepas kata hujung minggu lepas
dan minggu ni kata hari rabu atau kames
haihh.aku banyak sabar tau tak?(gile emo)
aku da kering kontang.catuan dah diadakan(kunun-kunun)
belanjawan aku tertunggak
sabun mandi,makan-makan, semua aku kena beli sikit-sikit
mood aku nak setadi bagai nak rak semua hilang macam tu je
esaimen aku, report aku, sume hambar je ( padahal malas;p)

semua ni sebab kau tau tak? huhhh(angker lg skali)

sirius naseb tahun ni tahun last aku kat sini
pastu ade jgak orang yg nk sponsor hidup aku sikit-sikit

kalau kau tak masuk rabu/kames ni siap!
aku serang ofis kau.hahaha

sile lah masuk cepat wahai scholar JPA ku.
huwaaaa ;'(
i need money right now.
serious tak enjoy takde duit.
money is everything.money can buy happiness and money bla bla bla.
dah sambung ayat sendiri.

aku tgh marah ni.

January 11, 2010

You Drive Me Crazy

bukan nak cerita pasal mata galak bila nampak lelaki muda
atau bila nampak orang yg pakai spek old school dan nampak comel
atau bila nampak lelaki yang menjadi idaman hati
semua tu tolak tepi

sekarang mata aku lebih tertumpu kepada baju-baju
kasut-heels yg studded
baju-baju vintage
beg-henbeg yg tak cantek pon, semua jadi lawa
apesal hah mata aku?

hehh, time aku tak berduit ni laahh, semua menda nampak cantik
nampak menarik dan nampak bersinar
mcm menyeru-nyeru panggil aku, supaya beli dorg TT
ahhhh, geramgeramgeramm!


aku ade usha blog ni, baju-baju dia semua aku berkenan lahh.geram gile tgk
http://thelongsleevecloset.blogspot.com/


 please JPA, cepat la masuk.
aku da tahan nafsu aku yg ni beberapa bulan lamanya.
huwaaaa ;'(
ehh, kawan-kawan, bila da view, sila lah beli.
tapi jgn beli yg i berkenan k?
(macam korg tau baju ape yg aku pilih)
 sebenarnye, org pon buat aku gile jgak.haihh.

January 10, 2010

Talent Night

serius AJL24 malam ni best nak mamposs(hiperbola)
sume hebat-hebat ahh.gempak,tibe-tibe ade jeffry din, search, jay jay dll
mula-mula aku da vote aizat, FT ngan black
pastu aku tukar pikiran balek
yuna akak ku bole menang kot.hehe.so, tolak la si black.
dalam list: FT, yuna and aizat.
last-last 4-4 menang! (nk cakap aku teka btol:p)
whatever lahh kan.tapi, serius best laa.
sume pon ade talent, semua nye perfomance pon gempak-gempak
masa hujan perfom tu, ingat dahh ade org nk buat kacau, cuak je.
memang jd la gimik tuh.pastu dgn FT aku sakit kaki nye.hurmm.
kesian laki aku kan(haha).semuga laki aku cepat sembuh ye! ;)

nway, congrats to Aizat.
masa arwah yasmin ahmad da takde, serius aku nangis time dgr lagu tu
sbb aku teringat kat arwah, sbb dia btol-btol pergi;'(
okeh, i satisfied with the result:D

Black-vokal terbaik
Aizat- Persembahan dan Juara Lagu
Yuna - Naib Juara
FT- tempat ke-3

yang lain-lain tuh boleh cuba lagi tahun depan ye.


ps: laki aku nye rambut pjg sgt, rasa nk kerat-kerat je.jd ensem cam kat atas balek:D

January 9, 2010

wishful list.

bila jpa da dekat-dekat nak masuk ni, sumeorg pakat-pakat buat belanjawan
tapi, aku still rasa tak cukup jpa yg masuk ni
masa 1st year dulu, bole consider oke, sbb tak byk guna
wish pon tak banyak.so, abes duit kat mana pon taktahu
bila da final year ni, mula rasa tak cukup langsung
dengan segala wish yang nk ditunaikan, tapi takde harapan
dengan segala perbelanjaan sampingan (fyp nye nak 3 copy dan bla bla)
dengan segala impian( kunun-kunun nak keluar date, makan kek dan minum teh kat ladang.haha)
pastu, kena selesaikan yuran, fikir duit minyak dan servis kereta lagi.aduh.
memang tak cukup kan?

aku ade wishful list.whatever lah kan.aku harap sangat aku dapat nanti.(wish utk masa sekarang laa)
  1. aku nak speedlight sebijik.utk kamera aku.serius rasa tak best, bila shoot malam-malam tanpa speedlight TT. pastu accesories kamera yg lain, wide lens, fish eye and bla bla.(warghhh! bila aku nk dpt semua ni?)
  2. aku teringin nk melancong ke luar negara lagi, memandangkan pasport aku hidup lg.ishk.sape nk sponsor pergi oversea?
  3. aku nak gitar sebijik.teringin pulak nak belajar.hari ni, aku spend masa dengan dolores kucai.arghh! susah rupanya belajar gitar ni.last-last aku fedup, aku simpan dekat ruang tamu aku je.
  4. aku nak ade satu set oven, dengan acuan-acuan cupcakes.dengan segala macam die punye krim-krim tuh laaa.aku serius nak belajar.jom la kawan-kawan.join kelas cupcakes! rm90 je.hurmm.
  5. aku teringin nak ada mesin jahit sebijik.dekat rumah, mmg dah ada.tapi versi lama je.(macam aku terer menjahit je aku ni:p)aku nk belajar jahit beg ke, baju ke.manatau boleh bukak blogshop nnt.harhar.
  6. aku teringin nak ada satu set baju koperat.kunun-kunun masa kerja nnt, nak presentation ke ape, semat jgak aku pakai.(ni insyaAllah aku beli, bila jpa masuk).

ni semua wish yg berkait dengan duit.kalau ade duit, ade la nanti. lepastu impian cam orang lain laa.nak kerja elok, keluarga bahagia la, suami yg menyayangi,rumah besar, kereta besar dan segala macam besar.haha.poyo je.tapi, bagi aku, takyah besar-besar, asal ade, dah cukup.dengan bahagia sekali laa.tak gitu?

semoga Allah murahkan rezeki aku nanti.dapatla aku semua dalam wishlist ni kan.insyaAllah.

dah, sepatotnye aku kena menabung dr sekarang,baru dpt semua yg aku nak;p jom menabung!

January 6, 2010

otak pusing-pusing.

sekarang kena abeskan waktu dengan lab
utk fyp. hari hari lab, lab, lab
pergi lab pkul 8.30 dan shut down pukul 6
nak buat camne, dugaan orang cakap.
tapi, yg pusing nya, bila buat lab, kena bau hexane
bukan aku sorang laa, sumeorg dekat lab
aku ade respirator, selamat sikit.
orang lain? tanggung sendiri la ye.
hexane punye kesan awal-awal boleh la pening kepala, sakit-sakit sikit
tapi kalo dah bertahun ko bau hexane, rasanya boleh mati.

lepas bau hexane,kena bau petroleum ether
lepas tu dimethyl ether
lepas tu, DONE!
nak tunggu done tuh, rasa nya makan masa lagi 100 hari
hahhh, 100 hari = 3 bulan
agak-agak sempat tak aku nk siapkan fyp aku
dengan report-report sekali
dengan presentation lagi

macam-macam dalam kepala aku sekarang ni
sebab tuh otak pusing-pusing.

p/s: doakan aku tak mati sebab kena bau menda alah ni hari-hari.

January 5, 2010

tiada lagi



tiada lagi bunyi alarm yg bising pagi-pagi(sebab tuan empunya tidur tak sedar diri).tiada lagi orang yang aku perlu gerak untuk bangun solat subuh.tiada lagi orang yang akan bercakap atau bertegur sapa dengan aku waktu pagi hari.tiada lagi orang yang akan bergayut telefon depan aku setiap hari, pagi-petang-siang-malam (buat aku jeles:P). tiada lagi perempuan yang boleh buat aku membebel dalam hati ( sebab dia akak, aku tak berani sgt.hehe). tiada lagi orang yang akan offer aku "meh makan ni sekali or minum sama-sama".tiada lagi orang yg akan masak untuk aku.tiada lagi orang yg akan pasang lampu malam-malam time aku tidur.tiada lagi orang yg aku akan bising " cepat, basuh baju!" tiada lagi perempuan yg akan paham aku bila aku emo/tak mahu cakap langsung. tiada lagi orang yang akan nyanyi sama-sama dengan aku waktu aku gila.tiada lagi orang yang akan layan cakap aku yg merewang-rewang sbb semuanya tentang cinta.tiada lagi orang yg nak bagi semangat bila aku rasa down.tiada lagi orang yang akan jerit sama-sama dengan aku dekat TINGKAP.tiada lagi orang yg teman aku sama-sama usha budak balik semayang jumaat.

perempuan tuh dah tinggalkan bilik ni
bilik kami berdua
640

selamat tinggal perempuan!nama perempuan tuh musirrah atau mekyong banyak cakap
dia tak ada sebab dia da abes belajar.
sila cepat cepat online bila da sampai rumah.

ps: aku dah tinggal seorang dalam bilik.jangan nak ngengada bagi rumet baru dekat aku.
pss: aku ingat nk buat painting dalam bilik.utk release tension.esok nak beli watercolour, selotep ngan brush:)

January 3, 2010

.


Giant Mosque, Abu Dhabi


Nile River

Sphinx
 
castle dekat Alexandria

some pics taken while in Egypt and Abu Dhabi
the holiday was fun
and thanks Abah&Mak sbb sponsor holiday ni:) 

p/s: gmbar pecah-pecah sbb tak reti setting.ishk.lepas dtg klas SN baru tau. ISO rendah utk gmbar cerah and ISO tinggi utk gmbar gelap;) (pelajaran utk hari ini)

kaku

kaku.
sunyi, tanpa berita

aku rindu sama kamu
sungguh

bila ada peluang, aku usahakan
bila aku rindu, aku akurkan
aku cuba untuk dekati kamu
tapi ...


aku malu pada diri sendiri
aku harapkan kamu dekati ku