October 21, 2012

Seluar ketat

Selama ni aku pakai seluar ketat
maksud aku sejak aku jadi "jahat" sikit
lepastu, konon nak berubah, 
aku dah cuba banyak kalo nk rid off jeans ni, 
banyak kali, 
lepas dah bagi dekat orang, then aku beli balik
then bagi lagi, then beli balik
then, how to get rid seluar-seluar ketat ni? sigh

Dah banyak kali dah kena sound dgn mak & abah
and I really want to change
susah betul, nafsu jahat ni kuat sangat kan.
Iman tak kuat. haih.

Ada sekali to someone nasihat dkt aku camni:
" Allah suruh kita tutup aurat, bukan balut aurat!"
toing, kena batang hidung! argh! malu!

1. Surah An-Nuur : Ayat 31:
Maksudnya : Katakanlah kepada wanita yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangan mereka   dan memelihara kemaluan mereka, danjanganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanyaDan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya… (al-Nuur : 31)

2. Surah Al-Ahzab : Ayat 59:
Maksudnya : Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin : “Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (al-Ahzab : 59)

Aku still dalam progress. Doakan supaya Iman, hati kita sentiasa kuat, untuk ke jalan yg diredhaiNya. 

October 20, 2012

Pelanduk dua serupa

Selalu, pegi mana-mana je orang akan cakap
"Eh, mcm familiar laa" or "macam penah jumpa, tp kat mana eh?"
then, they start, "eh muka u macam si polan polan"
eh, pelanduk dua serupa and so on, on.
Memang selalu macam ni, entah kat mana yg sama ntah dgn orang lain.
tapi takat ni takde la lagi, yg cakap, 
aku sama dengan yuna ke, evanngeline lilly ke.

AKU RASA EVANGELINE LILLY NI HOT.
cuba tgk real steel tu balik, hehehe. 

Kami mempunyai lesung pipit yg sama.HAHAHA



Tapi itulahh, konpius! sama tang mana tah dgn orang lain.
tapi, kepada BAKAL SUAMI, (yg entah ghaib tak muncul lagi)
Sila ingat, bakal isteri awak ni, ada dua lesung pipit, dan
satu tahi lalat manisssss dekat dagu. HAHAHA
Jangan tersalah orang plak. 


Awkward.

It's awkward when people start to call you "kakak"
and you titlekan diri you kakak
lepas tu, dorang salam and cium tangan you
Noooooo! I'm getting older
smpai, kadang-kadang, i told them not to cium my tangan
"ehh, tak payah, tak payah"
tp, just to show that they respect you. aiyaya.

and they ask; "Kakak bila nk kahwin? "
omg! i feel so old! 
start dgn topik kahwin, anak, umur dah lanjut.hahaha

but, it's only 25 la dik! chill yo! 
beza 6 tahun je -.-"

and Happy 25th to me! 
Age is just a number, rite? 



October 9, 2012

Week 5.

Week 5 - Test week
Week 6 - Convocation/Test week
Week 7 - Test week/Aidil adha celebration.

Time flies so fast.
Perangai masih tak ubah-ubah.
Joli sana sini, 
wake up sayang, u dah jadi student!
No time for relaxing, ingat aim u tu.

(-.-")

Interpolation dan phenol

Simple Math! Interpolation.
Aku memang dah lupa habis cara nak buat
langsung tak ingat, this is simple math kawan,
ni baru 2 tahun otak ni tak buat kira-kira,
tanya sana, tanya sini
nasib ada budak freshgrad yg boleh ajarkan
Nasib baik! Akhirnya, dapat jawapan, 
pung pang pung pang, ajar orang lain plak.

Sesi petang, keluar elemen phenol,
carsinogenic, tri-di-chloro, 
nahh, elemen kimia pulak!
keluar about all process, parameters,
acidity, turbidity, pH and etc.Argh!

Otak, cepat-cepat lah function! 
cepat-cepat lah memorize balik everything
Cepat-cepatlah boost up memory
Jangan tenggelam dalam khayalan
Kita dah di alam realiti ni! Wake up! 


October 8, 2012

Quit

Bila semua orang tanya,
"Kenapa kau quit kerja? tak best ke?pressure ke?"
jawapannya tak. 
My work was fun, even sometimes busy
I just realize, yang aku dah faham skop-skop kerja aku
and how to interact with others
cuma, ini Impian aku.
To continue master study after working.

Lepas habis degree, parents aku beria-ia suruh sambung
dan aku, menghampakan dorang
"I want to work for a while. Gain experience"
dan dah, cukup dua tahun, 
aku quit, dan aku sambung belajar.
Master in Environmental Engineering.
kembali ke kehidupan sebagai mahasiswa.haha

tahu-tahu je lah, mahasiswa tu hidup dia cemana.
Assignments, projects, presentation.nahhh,
otak aku dah serabut balik. 

Aku harap, aku ok.
Aku harap, otak aku center balik, dan boleh adapt dgn kehidupan ni
Aku harap otak aku bole kunyah segala ilmu yg lecturer aku ajar.
Sekarang, aku harap korang doakan aku, 
doakan kejayaan kita bersama.

Amin.