December 21, 2012

Homesick


Aku rindu rumah
orang-orang dalam rumah

aku rindu suara dalam rumah
bergaduh, bergosip, bercerita pasal diri masing-masing

Aku rindu solat jemaah dengan semua, 
Aku rindu si baju hijau di hadapan sekali, imam
aku rindu nak gaduh.haha.

Aku rindu rumah.

Alahai perempuan

Lemah betul bila sebut pasal perempuan ni. sebab aku pun perempuan.
but there are certain things, perempuan should act like perempuan.
no, not about love thingy. itu kita abaikan. 
this is about ur routine, daily life.
Perempuan sepatutnya pengemas, pembersih, dan everything in manner.
what happened nowadays?
why tak boleh nak jaga kebersihan? 
i wonder, what is ur mother reaction towards this thing.
If tengok, sinki tersumbat dengan sisa makanan. yess, i know u're really good in cooking
but left all the waste in the sink, is not a good thing!
the waste will trapped and damage the drainage system.adoi!
macam nak left big notes there 
" Hello ladies, i know u're good in cooking. but please, know how to throw the waste too. Dustbin just outside the toilet, not here"

and if ur future husband see this, they must be rejected u earlier.
or unless, they amazed wif ur cooking, 
all the "clean" things,they just put aside.

and please la guys, know about ur girls first.
kalau bangun pukul 11 pagi tu, and u wanna marry her,
i would say that u're blind! love blind!
there's lot of things to discover/know before marrying that person.
kebersihan, punctual, attitude, ethics. (too many too list down)


Sorry rambling. i just mad with the girls, sebab tak reti jaga kebersihan.
sakit mata memandang, sakit lagi bahu yg memikul.




Ego

Mana silapnya, entah.
Abah dan aku, ada ego yang sama.
dan aku jadi takut, aku jadi derhaka
dalam hati rindu membuak-buak
mahu bertanya khabar, mahu bercerita
tapi ego, ego aku tinggi
aku takut aku sakitkan hati abah lagi
dan aku takut, nanti, jadi anak derhaka lagi

Abah, aku tahu, kisah dan ambil berat tentang anak-anaknya
cuma abah, ketua keluarga,
jadi semua perkara betul untuk dia, betul untuk kita

"Cuba mengalah sikit dengan abah tu. dengar cakap dia, dan jangan melawan" pesan mak

:'(

Aku rindu abah, tapi aku takut, 
aku lukakan hati dia lagi, dan aku takut 
dengan ego aku sendiri.


December 12, 2012

KetentuanNya

dan dalam setiap perbuatan atau perkara yg dilakukan itu, 
ada ketentuanNya
Qada' dan Qadar
kenapa kita tak dapat ini? kenapa dia dapat itu?
kenapa aku sahaja begini? kenapa hidup aku begini?
Sungguh, ada hikmahNya
Allah Maha Mengetahui Segalanya.
Setiap perkara, ada baik dan buruknya untuk kita.

tapi dalam pada itu, cuba, 
kita dekatkan diri kepadaNya. Usaha.
Ucapkan rasa Syukur atas segala nikmat yg diberikan 
Meminta-minta dalam berdoa, agar dimakbulkan.
Allah Maha Mendengar.

Back to basic: Manusia diciptakan untuk mengabdikan diri kepadaNya, Allah Yang Satu.




December 6, 2012

No 3D Flowers



Simple lace with some beads.
(I save some design that I'd seen so that I wish to wear during the day :p) 


This can be awesome too, by adding some beads, 
or use a different colors. 
Suits for e-day. hehehe.
can buy here: Scallop blouse

Then, u can save a lot during ur day.
It depends.
Me juz dont like the crowd stuff + look messy.
Make it simple! 

December 5, 2012

Terus

Aku ingin teruskan rasa hati ini
yang berbunga-bunga barangkali
atau yang berdegup kencang setiap kali
atau mungkin terus menerus
menitip rasa dalam doa

Cinta itu selalu bikin orang berilusi
jauh, menerawang dalam dimensi yang lain
dan aku, tak mahu lagi berilusi
aku mahu terus tanam rasa cinta, 
terus sematkan nama kau dalam jiwa

tapi, mampukah kita lawan takdirNya?

December 1, 2012

Doa

Dan dalam segala doaku, 
kepada Tuhanku, Allah yang satu
Allah tahu yg terbaik untukku.
Allah makbulkan doaku yang satu ini, 
yang tersenarai dalam " List Impianku"

Syukur Allah makbulkan doa, 


Mungkin bukan rezeki sekarang ini, 
mungkin masa depan ada lagi.

"Berdoalah, minta kepada Allah apa-apa,
InsyaAllah, dengan usaha yang ada, 
dengan hati kita yang ikhlas,
Dia akan perkenankan"

Restu

Dalam 1000 perkara yang kau lakukan, 
perkara penting ialah "Niat Lillahi ta'ala" 
dan perkara kedua, Restu mak ayah.

Lepastu, tambah dengan usaha dan doa, 
dengan izin Nya, 
seribu perkara yang kau buat tu, 
InsyaAllah semua menjadi.

Ingat, niat kerana Allah.
Baik, buruk, keji, segala perkara pun
Nun diatas sana, Dia Maha Melihat.
Dia Maha Mengetahui segalanya.

dan, Doa Ibu-bapa adalah yang paling mujarab.
Jangan derhaka, dan jangan lawan cakap.
Jaga hati mereka, dan jaga adab.


*pesanan untuk diri sendiri




Lelaki aneh.

Aneh, sangat aneh.

dalam setiap perbuatan yang aku lakukan, 
kadang-kadang, akan muncul kelibat kau dalam angan-angan
akan muncul, anganan yang mungkin akan kita berdua lakukan

dan dalam lagi aneh, bila setiap kali doa aku kepada Tuhan Pencipta, 
selain ibu-bapaku, keluargaku, rakan-rakanku, 
nama kau aku selit dipenghujungnya

"Jika "lelaki aneh" ini jodohku, dekatkanlah hatiku dan hatinya,
dan jika dia bukan untuk ku, damaikanlah hatiku dan hatinya"