June 19, 2011

Musim cari jodoh

dah disebabkan musim cuti sekolah, musim orang mengawan
dan musim cuti sekolah, musim orang busy berjumpa kawan
dan musim cuti sekolah, musim orang bertanya tentang jodoh


aihhh.jadi ralat.
makin ramai tanya pasal jodoh yg menjadi tanda soal
memilih? TAK
mencari? TAK
menanti? YE KOT.


makin ramai yg tawarkan khidmat cari jodoh
pening-pening.
Biar hati ni suka sendiri, jatuh cinta sendiri dan rasa sendiri
cinta kan tak boleh dipaksa?
kalau tak ada cinta, tak bermakna.
kalau ada cinta, pihak yg disana tak ada, langsung tak guna.


Nahhh, simpan je rasa ni sorang-sorang.
pastu peluk bantal erat-erat, nangis!
takpun meratapi nasib dengan golongan yang sama.


Ajal, maut, jodoh tu semua bawah kekuasaanNya
Kita mampu berdoa, dan berikhtiar sikit-sikit.hehehe:)



Jeneral rumah

Terima kasih sebab bagi makan kicap waktu tertidur time study dulu, 
kalau tak memang malasss belajar sampai sekarang


Terima kasih sebab rotan masa malas sembahyang dulu
terima kasih sebab paksa akak masuk sekolah agama
kalau tak, mesti akak dah tersasar jauh dari Landasan


Terima kasih sebab selalu tegur dan bagi nasihat


Terima kasih sebab kadang-kadang masukkan duit waktu akak sengkek
kalau tak mesti da mati kelaparan:p


Terima kasih sebab tolong bebelkan pasal kereta
terima kasih sebab tolong cek, repairkan kereta
kalau tak mesti kereta dah mati tengah jalan


Terima kasih atas segalanya.


Tapi maaf, sebab akak selalu degil
akak selalu lawan cakap abah
sebab kita kan sama. Sama-sama DEGIL
maaf sebab akak dah lukakan hati Abah
maaf sebab kadang-kadang kakak ada terkasar dengan abah
Maafkan kakak.


Selamat hari Abah, Jeneral rumah.

June 4, 2011

Kasih sayang tak berbelah bahagi

Selalu saya fikirkan tentang masa depan.
Bila mungkin saya dah berkeluarga, bersuami, dan dengan segala tanggungjawab yang ada
Apa akan jadi pada kedua ibu bapa saya.
siapa jaga?ada dimana? makan pakai cukup tak?
atau bila mungkin tinggal bersama mertua, bahagiakah saya?
semuanya assumption.Banyak benda kena fikir.


takut jadi anak derhaka, jagalah Ibu bapa.
tapi, bila semua manusia sekarang, terlalu sibuk dengan kerja, 
terlalu mengejar kemewahan duniawi, 
abaikan ibu bapa, lupa tanggungjawab, kejarkan harta mereka yang sekangkang kera.


Takut. saya takut pada masa depan.
takut tak terkendong tanggungjawab yang ada.
takut terlupa segala janji yang saya janjikan pada mak saya.
takut tak tertahan karenah, lalu terlepas segala.
takut dengan segala yang bakal dihadapi nanti.


Oh Tuhan, berikan aku kekuatan. Bantulah aku dalam kuatkan iman.
Kurniakan aku kebahagiaan, kurniakan aku kekuatan.
Panjangkan umur kedua ibu-bapaku, dan rahmatilah mereka.
Jauhilah aku dari terpesong dari jalan-Mu, Ya Allah.Amin.

Perbelanjaan makin meningkat.

Sebelum terima gaji, selalunya akan ada senarai panjang "What to buy for this month"
tapi, selepas terima gaji, mungkin list tu patut dibuang je, 
sebab lepas tambah,tolak,darab, bahagi,
hutang piutang, bayar sewa, bayar duit kereta, bayar bil segala jadah.
end up, Duit memang tak pernah cukup untuk hidup.

Lepas calculate apa yang patut bayar dan seterusnya,
baki yang tinggal hanyalah beberapa ratus.
belum lagi tolak untuk baju, tolak utk barang keperluan and so on.
Selalu terfikir, macamana orang yang gaji nya sedikit dari apa yang aku dapat, bole je move on. Kata orang "Duit memang tak pernah cukup!" 
kecuali kalo kita pandai simpan, menabung, lama-lama bole jadi bukit.
lepas tu, list panjang berjela yang menjadi idaman tadi, dah bole dapatkan.

tapi, sampai bila nak dapat apa yang menjadi idaman?kalo yang diidamkan tu sebijik kereta?
aiyark. Mungkin hanya bole jadi angan-angan.
atau nanti, tunggu lagi 5 tahun, mungkin dalam genggaman! 


p/s: Bulan ni baru je buat skim menabung!hahaha.selepas 9 bulan bekerja.hampeh btol.tsk.