December 31, 2009

doploh saploh

sedar tak sedar.sekarang dah masuk 2010
2010=23 tahun
23 tahun, sepatotnya dah reti masak-menjahit-berjimatcermat
berperangai matang- mempunyai seorg bf
(semua perkara diatas tak dilakukan lagi.bole jadi AZAM.hehe)

hoping that 2010 will be a GREAT year.
doakan yg terbaik
tahun ni, tahun yg akan tentukan masa depan nnt
siapkan fyp-graduasi-cari kerja-interview-dapat gaji
ini hanya rancangan, semoga semua ni tercapai.
semoga Allah memberkati perjalanan hidupku

bye bye 2009!

ps: harap tahun ni, mood akan sentiasa ceria as before.tamao emo emo dahh.heee:)

December 29, 2009

follower sana sini

aku baru belajar satu menda arini
jadik follower org dalam blog.haha
dah dua tahun tules blog, baru reti nk follow org
(gelak-gelak senyap eh)
oke, skrg dah jadi follower org
click sana sini, then follow:)

haaa, tgk blog org yg baru bukak pon dah berjuta lemon follower
aku baru baper kerat je.kihkih
whatever laaahh.
bukan best pon baca blog aku.btol tak?

jom.revise ape yg dah belajar td.
SEMANGAT nih!

December 28, 2009

time difference

time difference makes me sick
Malaysia-Egypt : 6 hours
Malaysia-Dubai: 4 hours

dah baru 10 hari duduk pon dah terefek.gile!
nak tido petang tak boleh.
nak tido malam pon tak boleh
sakit jiwa.
skrg, mata sembab, bengkak-bengkak dan kepala pening
baring-baring, niat nak tido pon tak efek ape.
pusing-pusing tunggu sampai terlelap sendiri.

hishh.cepat la mata.
aku nk tidur ni!

December 26, 2009

ehh.

yep.sudah pulang.
dan ehh, dah boleh online.
giler tinggal internet selama 10 hari.rasa cammmm...
masih boleh hidup! hehehe

alhamdulillah, journey semua selamat.
takde yg hilang,hidung pesek atau patah kaki
tapi, masa 1st until 3rd day, muka i jadi tak lawa
sbb mata i bengkak.
sebab tidur lebih ke, masuk habuk ke, atau terintai pak arab
taktau reason yg mana satu.
tapi, pak arab langsung tak menarik perhatian.
i prefer Faizal Tahir lagi(bukan nk jadi bini no 2 FT)
Faizal Tahir= Lelaki Melayu( auwww!)
lelaki melayu lagi ape eh? menarek kot.hehehe(melalut)

oke, lagi sehari je dah nak masuk sem baru
sem akhir lahhh.kagum plak aku boleh belajar smpai tahap camni.
ehh, result tah pape, nak kagum lebih lebih.
bwekk! :P

December 16, 2009

l e a v i n g

i'm leaving tonight (10.30 pm)
bye-bye Malaysia.
doakan perjalanan selamat ya.
i'm afraid that i will die on the aeroplane.
manatau crash ke, meletop ke(dah pikir bukan2)

oke.semoga kami semua selamat sampai.
and hopefully Dubai and Egypt welcoming us.
(17/12 - 26/12/2009)

untuk kawan-kawan, maafkan saya atas segala silap salah
tergarang-termarah-terpukul-terngumpat-tercaci dan segala macam ter-
halalkan makan minum, keh?
enjoy holiday and gathering:)
jumpa sem depan, sem terakhir utk semua.

December 15, 2009

FREE TIME

esok ade masa free?
jom teman aku shoping.
pergi jusco.aku nk soping baju-bra-spender-tudung
mahu?

langsung tak ada jawapan.

lain rasanya kalau kita shoping dengan orang banyak duit
dengan orang yang tak-ada duit.

sigh

Bagai whorfff! dgn meoww

aku ada seorang adik lelaki
nama dirahsiakan.heh.padahal satu upm mungkin dah tahu tu adek aku
oke.kami dilahirkan pada tahun yang berbeza.1987 dan 1989
aku tahun arnab dan mungkin dia tahun naga(rasanya)
memandangkan kami ni lahir tahun yang berbeza
kulit pon tak sama(dia putih, aku hitam)
dia kacak, aku tak cantik
rambut dia kerinting, rambut aku rahsia ler
muka dia macam bapak aku, muka aku sbijik cam mak aku

most people fikir kitorang ni couple.sumeorang.
dan takkan percaya, sampai aku cakap byk kali pon.tak percaya.
ye lahhh.lepas pernyataan-pernyataan diatas, mmg kami tak sama pon.
so, just please believe me.kalo korang nampak aku ngan seorang lelaki, dia la tuh(motif?)
so, percaya dengan mata kasar korang.bukan gerak hati tau tau.
he is my brother laa.come on!

tapi kitorg more like bagai anjing dengan kucing, senang cerita
dia lain, dan aku lain.kalo setiap kali jumpa, mungkin akan berlaku perang.
perang mulut. hang ni bla bla bla (ini aku, sbb suke membebel)
ala hang pon same bla bla bla.whatever (die malas nk layan aku.haha)
tapi, dari kecik sampai besar la, ktorang akan argue menda yg remeh temeh
dan kecik2 dulu, aku mmg tak bole duduk sebelah dia, sbb mesti gadoh punya
dan sedar-tak sedar, he's now staying just near me.
kolej sebelah je pon.sebok btol!

oke, harini dia demam, not feeling well status ym dia.
taraa is me, and adli is him.
taRaaaa: demam ka?
adli rahman: selsema + batok + hampir demam
taRaaaa: hohoho
taRaaaa: nnt takleh nk naek flight plak kang
taRaaaa: mkn ubat dakgi?
adli rahman: dak g...
taRaaaa: minum 100 plus x lg?
adli rahman: blom
taRaaaa: aku mls nk pi kedai
taRaaaa: sari ade x?
adli rahman: xpa..stg aku p la..stg nk kuar mkn gak
taRaaaa: haaa oke
taRaaaa: mkn menda yg panas2 sikit
taRaaaa: sup ke
taRaaaa: pastu minum 100 plus byk2
taRaaaa: takyah amek panadol
adli rahman: baek....
taRaaaa: panadol tak elok
taRaaaa: take care:D

adli rahman: :D
see? betapa caring nya i untuk dia.hehe.walaupon kami suka bergadoh
dan walaupun kami pergi makan sama, makan kedai lain-lain
walaupun kami suka argue menda yang remeh temeh
walaupun kami suka berebut kereta.

i tetap sayang dia.he's my brother right.
air dicincang takkan putus?:D

p/s: ape motif entri ni?aku pon blur.

Orang Cepat vs Lambat

orang cepat, orang lambat
orang bergerak cepat, berjalan cepat, masa nak cepat, dan semua perlu dilakukan segera
macam dah tak cukup masa
tak menang tangan dan macam-macam

orang lambat, bergerak lambat
kerja slowly, langsung tak amek port untuk mengurus masa(opss!)
dan hidup dia mungkin tak teratur
dan hidup die penoh dengan masa.
tak perlu tergesa-gesa atau pon takde istilah tak menang tangan

aku kategori orang cepat
kalo boleh, aku da rancang hidup aku sampai aku kerja-kahwin-dapat anak-mati
tapi itu kuasa Tuhan kan?aku hanya dapat rancang masa aku dalam seminggu atau paling koman sehari je.
tapi, aku rimas-lemas-dan tak cukup udara bila berada disamping orang yang lambat
bukan aku Anti.Cuma mungkin disebabkan perbezaan yang ketara tuh
aku rasa cam "ohhh annoy nye"
sekeliling aku ada orang yang lambat bekerja.
dan aku hanya senyap memerhatikan.aku takleh nk bg nasihat dan cakap kau perlu macam ni-macam tu-macam ni
lagipon, aku ni bukan siapa.kang tak pasal-pasal aku yg terkena

entri ni bukan utk siapa-siapa
cuma aku mahu lebih berdisiplin urus masa
bukan main-main atau lepak-duduk diam-internet 24hr(pedas ayat aku)
oke.aku pon on9 jugak.tapi, berpada-pada

time flies u know.esok lusa nak start sem baru.


December 3, 2009

potong!potong!potong!

ini bukan iklan p1w1max tuh.nk suruh orang potong potong line
aku elok-elok gune streamyx, dan aku rasa aku puas hati
walaupon kadang-kadang die lembap, tapi layan jugak.
potong potong dan potong
potong untuk budak lelaki.(memang potong ke?)
entah.but actually pasal sunat sebenarnye.
but we'll adek beradik panggel potong je.hehe
so, last wednesday. my lil brother punye kena potong
kecik lagi.ksian die.i mean baru 8 tahun
slalu adik-adik aku yg lain, darjah 3 baru potong.

inila budak yang kena potong.adik.

masa raya haji aritu, die dah mintak duit dekat sumeorang.
dekat kakak-kakak and abang-abang dia.
and my answer kak dilah takda duit.kak dilah miskin
dan dia cakap takpela, kak dilah bagi seringgit je
ohh.good boy!kesian dia, dapat akak macamni.hehe
takpe, next week kak dilah bg, bila dapat gaji, oke?

dan semalam,buat kenduri kat rumah.
sempena adik sunat.and i can't go back.
bz dengan fyp dan kerja.nama pon hardworking kan?
hurm,sedih jugak.tak dpt tlg mak, tak dpt attend kenduri.
semalam after adek sunat, aku telefon dia.
suara dia sedih dan mendayu je.
sakit.adik nangis sikit ja.sekarang adik dekat rumah.adik kena tidur.
and today call lagi sekali.suara dia dah ceria.
adik dapat 200 lebih ja.tadi adik makan gulai, ikan, dengan nasi.
adik kena tidur nanti pukul 3 adik nak main game.

ingat dulu-dulu, masa adli sunat, ade satu sepupu jadi bentan 
sebab byk sgt jalan.aduhai.nasib adli tak bentan.
dan masa abg aku sunat pon, bukan main computer games
main brick games rm10 yg beli kat pasar malam tu(harga dulu-dulu la)
dan aku suke je nyebuk-nyebuk nak makan lauk yg sama dgn orang-orang sunat 
ikan tenggiri masak asam.
moi dengan ikan bilis laa.slurppp.sedap! hihi

and for adik, jangan jalan byk sangat.
lagi 2 minggu make sure kena sehat sbb nk pi jalan jauh.
lagi satu, pasni mandi da takleh bogel la ye.
dan tak perlu sape-sape teman dahh.hehe

December 2, 2009

ketika cinta bertasbih


 gmbar main amek je.
khairul azam,ana,dan furqan.
sape dah tonton movie ni?
for me, it was great!
yg tak bes nye ade plak KCB 2,bersambung plak.
aduhai.baru nk feeling habes td:)
but it is a role model for us.
cinta islam, cinta sejati.hindar dari dosa.
mak pernah pesan " kalau nak jodoh yang baik, kita pon kena la jadi baik"
but me?i'm no good either.tak baek, dan tak sesuai dgn orang baik.hehh.
but i'll pray that aku akan dapat jodoh yg baik.
insyaAllah dia dapat membimbing aku ke jalan yang benar.
that's what i need right now.

eh, pi cari kat youtube.sure tangkap lentok punye.
layann.aku tau aku lmbt sikit baru nk tgk citer ni.

makin hari, makin jauh.
nak kembali, tapi dah tenggelam dan lemas
langsung tak berusaha utk selamatkan diri
buat-buat tenggelam penuh dgn dosa.
ingat hidayah Allah itu untuk orang-orang tertentu je
kalau macam ni, alamat masuk neraka.
(nasihat utk diri sendiri)