July 29, 2010

Urghhh!

Hari ni baru perasan yang seluar dah makin ketat
jubah dah tertetas dekat bahagian belakang(selama ni pakai pergi kedai je.malu!)
dan juga baju semua dah macam ketat dan sendat
Urghhh! 
This show that I'M GETTING FAT, FATTER, FATTEST each DAY!
should skip eating sweet things and should exercise some more.



satu, dua, tigaa.(kira macam aerobik oke)  
dah lama tak menimbang berat.haih.betol la orang kata, duduk rumah lama-lama boleh bikin berat naik woo. huk.

July 28, 2010

Polaroid.


Just trying using Poladroid software. And choosing those pics, sbb rindu dekat Egypt.(tetibe).Harap-harap nanti, akan dapat membeli satu polaroid camera sbb macam cantek je kan? Lagipun lepas tangkap, terus dapat gambar, keluar dari kamera, so macam, ohh, best!  Boleh simpan-simpan, tak pun gantung-gantung gambar. Konon-konon terlebih seni.hehe. tp tu depend on skill . Kalau terer, cantik lah gambar.hehe.wondering bila nak reti menangkap gambar ni.hmm.

Terima Kasih Tuhan!

Syukur, penantian saya selama 2 bulan ni dah berhasil. dah lepas menangis-nangis, rasa pressure dan tak berguna sebab tak ada kerja, dah berakhir.Tension tau jd jobless, Seriuss! rasa kadang-kadang tu, macam menyesal, why I take chemical engineering course.Ala-ala macam tu laaa.tapi sekarang, Alhamdulillah.Allah dah dengar doa saya dan rakan-rakan. Thanks for the prayers peeps! :) 

Kerja nya tak start lagi, next monday, and hoping that everything will be ok. company name, Qdos. Company ni tak relate langsung dgn apa yg dah belajar selama 4 tahun lepas.So, need to start from zero laahh. company ni manufacture flexi circuit, tau tak flexi circuit tu ape?hehehe.sumeorang pon pakat tanya, alahh, senang citer menda alah, yg board kaler hijau dlm litar tuu.haa, sumthing like that, cuma dah siap kot circuit, and with different shape.rasanya laa.haha.I'm not quite sure. Tapi, tapi, tapi, yang sedihnya ialahhh GAJI! gaji sikitttttt sangatt, rasa macam, oh ohh, macamana nak hidup nnt?tapi takpa, we start from zero, takkan nak expect banyak-banyak kan? hehe.So, just try! ambil experience, then boleh la bertapak-tapak naik keatas. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan?;)

About the Interview last week(utk kompeni ni lah), thanks to Nurul Azwa sebab menolong, membantu dan memberi kata-kata semangattt.sangat terharu beb! ehe, nk belanjaa tp jauh la plakk!(alasan).tp, without her, I don't know what should I answer during the Interview. Punyelah sakan praktis, what is ur contribution during University?Why should we hire you? What is ur weaknesses? Haaa, kira pakej full, lengkap laa pagi tu, Nurul Azwa bagi jawapan, macamana nk jawab.hehehe.Thanks dear! Masa interview, nasib Miss Lim macam oke jaa, sporting,mcm sembang-sembang je dgn dia.so, takdelah pressure sgt! pakgad-pakgad pon kasik harapan, boleh dpt punya! then i said, "see u next two weeks lahh!"bajet-bajet macam dapat kerjaa kan.haha

Lepas habis interview, jumpa si budak gemok, Didi yana, konon-konon nak shopping, tapi haroomm tak dpt ape yg dikehendaki.So, balik rumah dengan patah hati.Then, balik tu tunaikan amanah-amanah dekat mak dulu, ecehhh.bukan amanah besar sgt pon, cuma janji nak cat satu dapur and  dining room dengan jahit langsir. Hari isnin, sambil-sambil cat dapur, dengar mp3 girang gembira, dapat call dari Pn Aishah.HR Qdos laaa. lepas tu, terus jadi tak keruan, rasa macammm, "Ohhh, Bahagia! dah dpt kerjaaa".  hahaha.gelak sangat-sangat, senyum sampai telinga. 

Terima Kasih Tuhan, sebab dengar doa saya. Terima kasih atas segalanya. 
Syukur, Alhamdulillah:)
Terima Kasih semua orang, sebab tolong doa untuk saya. Tanpa doa, mungkin saya tak dapat kerja ni.
Terima kasih tidak terhingga.
 Doakan kerja saya senang-senang je oke.Macam duduk ofis je ke, sbb tak suke masuk plant, nnt hitam.hahaha. Nak kerja senang je kan? ;p


July 23, 2010

Don't Lose Hope yet.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

(Ayat 2 -3 Surah At-Talaq)
credit to : Iman 

Jangan putus asa selagi tak berjaya. Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya. Ingat Allah itu ada, dan Dia Yang Maha Berkuasa atas sesuatu. 

Pesanan dari Mak

Selalunya kita akan dengar pesanan yang panjang berjela dari mak kan?ye laa, nama pon anak dia.selagi tak lengkap ke, tak oke ke, akan jgak mak bagi pesanan.Ingat dulu masa sekolah, mak akan pesan menda yang sama time call: " Jangan tinggal solat, baca buku, jaga aurat dan jangan lupa baca Al-quran". Mak aku selalu pesan macam ni ah, alhamdulillah, berjaya jgak la time sekolah-sekolah dulu, sebab ikut pesan mak.hehe. Siap aku ulang-ulang dialog ni dengan mak dekat telefon. Sepanjang dekat rumah ni pon mak selalu pesan juga, tapi dengan panjang lebarrrrrr lagii.ye lahh, nama pon mak kan.

"Jangan bawak kereta laju-laju sangat! Tau la otai pon" ni selalu jugak dengar, especially time drive sorang-sorang ke. I'm one of the rude driver.haha. Tapi selepas nasihat mak ni, ade laa cuba kurang-kurangkan sikit laju tuuu. Ecehh, dr 140km/hr to 110km/hr. Bawak pon dah tak celah sana,celah sini dahh.Ikut kirii jaaa.ehehe

"Tadi mak dengar ustaz cakap, Pakaian anak-anak kena awasi. Jaga aurat diorang, sebab nanti waktu nak masuk syurga, Anak-anak akan tarik kaki mak bapak dari Neraka, sebab tak jaga aurat" Fuhhh.sedass kena dari mak! Ermm, no komen. Dekat rumah usually, bila keluar memang pakai baju kurung, dan sangat sopan santun tau. Kalau jumpa, betol dah tu, jangan tak tegurr. Bukan hipokrit ke apa, cuma rasa tanggungjawab jaga maruah ibu-bapa. They usually akan tegur baju apa yang i pakai, and yeah, i'm not so good either. But I'll try to change myself, cuma bila bab baju ni, lambaattttt sikit. erm, Ampun mak! 

" Orang berdoa bagi kahwin dengan lelaki yang beriman, dapat membimbing kejalan yang benar, bukannya doa kahwin dengan lelaki hensem ja". Errr, ni gara-gara tengok cikgu-cikgu sekolah sekarang makin hensem plak.wahaha.Serius hensem, dari mata aku laa kan. Ermm, tapi tu lahh, takde ah sampai pasang niat nak kahwin dengan laki hensem, saja je gurau-gurau dengan mak. ehe. Doa bagi dapat suami yang kaya dengan ilmu, agama dan harta pon bole jgak kan mak? :) 

" Dengar, tengok rancangan  Tanyalah ustaz tu.Dapat jgak lah ilmu bermanfaat, Bekalan nak masuk akhirat". Ye mak, setiap pagi dilah dah dengar mak.

" Kawan tu kena cari kawan yang betul sikit, Kawan jahat ibarat Api,Kalau kita pegang sama-sama panas, Kawan yang baik ibarat ...." Aku dah lupa plak ayat seterusnya. Maksudnya, macam kalau kita buat jahat sama-sama, semua orang akan tahu laa sama-sama, Kalau buat baik pon orang sejukkkk hati ja tengok. At the end, mak cakap, carilah kawan yang berfaedahhh.Yang tak ajak kita mendorong ke arah maksiat. blup blup! 

Banyak lagi pesan mak sebenarnye. Nasihat ni selalunya berguna, tak menyesal kalau kita ikut cakap mak. Selalunye, aku terkesan jgak laa dengan kata-kata mak ni. Ye laa, taknak plak aku jadi anak derhaka nnt.cukup laah kecik-kecik dulu dah nakal yang amat, besar-besar ni dengar je cakap mak.Restu dari Ibu tu paling penting, sebab Syurga bawah tapak kaki ibu. Nasihat ayah pon kena dengar jgak tau!



"Ya Allah, panjangkan lah umur kedua ibu bapaku, diriku, keluargaku dan seluruh umat Islam. Matikanlah kami dalam keadaan yang sempurna dan tempatkanlah kami dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh"

July 20, 2010

Rindu punya pasal.

Rindu punya pasal dekat korang yang ngokngek, banyak cakap dan tah pape ni, aku buat video spesial utk korang. hauhauhau. Dah la takde suara korang, ade muka-muka je.Muka sorang-sorang dah la comel dan enesen dan jgak perasan hensemm. Aihhh. Aku rindu nak dengar suara korang weh, suara bising-bising dalam lecturer hall, suara korang membebel masa makan, suara korang jerit-jerit dari jauh panggil nama aku., suara kecoh-kecoh nak tahu pasal orang, paparazi btol.ecehh.Aku nak suaraaa korang! 

wehh, Aku nak vidiyeooo.Mana vidiyeoooo? sob sob. 



July 19, 2010

macam Formspring.

Soalan yang sangat cepumas buat masa kini adalah, "kau dah dapat keje blom?". Hari-hari akan ada soalan yang sama, dan makin muak, rimas, menyampah nak dengar.soalan sensitip nii! kenapa nak tanya banyak-banyak kali.huuu.but it shows that people do concern about me kan? naahh, perasan! 

And my jawapan umum would be like this." Belom dapat lagi laa.keje tanam anggur je.sedih je.tsk:( " Jawapan ala-ala mintak pertolongan tapi orang langsung tak boleh buat apa.nak kerja, cari sendiri lahh! this question will be repeatly asked by others day by day. dan yang menganggur ni, akan keluarkan jawapan umum sambil membegging-begging tanya ada kerja kosong tak dekat ur kompeni? (muka tak malu).aih.i thought it would be easy kalo bab cari kerja, rupa-rupanya sangat susahh. ade yang nak post lah, ade yang nak 3 pointer lahh, ade yang nak lelaki je lahh.aihh(sigh again).

so, bila i nak dapat kerja? tunggu pada rezeki laaa.ada kerja, dapatlahh.takde kerja, tak dapat lahh. I'd try so hard and I'm doing my best already. Semuanya bergantung pada Allah.Rezeki ada kat mana-mana je kan? (ayat bg sedap hati) :) peeps, do pray for me ya! Doakan supaya aku cepat dapat kerja. Makin banyak doa, makin berkat.ngehehe.

btw, aku pon ade akaun formspring. dekat box sebelah. sila lah tanya soalan.anything! tp, jgn tanya pasal kerja lagi oke.sensitip! ;p

July 18, 2010

Camwhore!

Oke.Sebelom nak tengok lebih lanjut, dan sebelom nak muntah, sila lah click butang pangkah kat atas tu.takut muntah darah plak after tengok.ehe. 
btw, ni adalah sesi camwhore yang giler diatas sebab-sebab kebusanan dekat rumah. Dari mati, baik kita tangkap gamba sendiri,ye tak? 

Rujukan  adalah dari blog AdibYazid, sila rujuk entri dia 1-2 minggu lepas.ahaha.
Tiba-tiba jeles tengok gambar die pegang berus gigi. tapi, die ade niat nak tunjuk rambut before potong, ini blog, takde niat pape.saje geli geleman nak camwhore.
Dah dah, kita teruskan sesi Camwhore! 

Dah.pening aku memikirkan pasal kerja ni. Bila nak dapat?aihh.Lagi pening pikir pasal bakal suami.ahaha.(ade orang ckp aku dah kawen.citt podah!)
Ni gambar berus gigi pagi-pagi. Dah tak comel tu anggaplah tak comel!   



Nah, muka versi bahagiaaaa.haha.siapa nak kebahagian, pergi Tanjung Rambutan ok!    












Ok, habis sudah sesi camwhore kita. Aktiviti ni sangat berkesan untuk merawat hati, luka yang terpendam ye. Dan tak lupa, kepada sesiapa yg lepas view ni, rasa nak ambil jadi pekerja ke ape ke, boleh jgakk. Tapi kena bagi upahh laa, seposen dua posen tak main tau!
Dah, boleh click pangkah kat atas tu dahh! ;p

July 17, 2010

Dia Untuk Ku.


Hari ini hari bersejarah bagi aku.Hari yang entah aku tak tahu penghujung nya. Bahagia?Derita? Ahh..ini pilihan aku. Aku perlu percaya akan penghujung yang bahagia. Aku tahu, “kami” dapat menempuh nya dengan tenang.
Dia masuk ke bilik di kala matahari mula terbenam. Perasaan aku? Tentulah berdebar-debar. Ini kali pertama kami berduaan di dalam bilik.  Bagi menghilangkan resahku. aku bangun dan cuba mencari baju nya di dalam luggage. Manakala, dia hanya duduk diatas katil, merenung dan memandang aku dari jauh. Aku mencapai baju melayunya dan tuala yang telah disediakan, aku letakkan  disebelahnya.
          “Ini baju melayu awak dan tuala,’kataku. Entah kenapa aku sangat berdebar pada saat ini. Mungkin kami tidak biasa sebegini. Kelihatan dia hanya mengganggukkan kepalanya. 
 “Awak mandilah dulu. Nanti maghrib, awak ikut abah solat ya,’ kataku lagi. Bukan arahan, hanya mengingatkan. Abahku adalah seorang yang rajin menunaikan solat di masjid. Apa katanya nanti kalau menantu barunya tidak ikut ke masjid. Bagaimana pula dengan kata penduduk kampung. Kemudian, dia hanya mengikut arahan ku, mengambil pakaiannya dan bersiap sedia untuk ke masjid.  
Ahhh, kenapa dia tidak berkata-kata.Mungkin perasaan dia sama gusar dengan perasaan aku ketika ini. Ini jalan yang “kami” pilih. Bukan sesiapa. Tiada langsung paksaan. Setelah dia bersiap sedia, dia keluar dari kamar kami. Masih lagi seperti tadi, diam tanpa sepatah kata.  Dua minit kemudian, dia kembali.
“Ayah awak dah pergi laaa.dia da tinggalkan saya,’ katanya dengan mimik merajuk. Aku hanya tersenyum. Mungkin abah terlupa dia sudah mempunyai seorang menantu hari ni. Ataupun mungkin dia sudah terlambat untuk mengikut abah ke masjid.
 “ Ohh. Yeke. sekejap eh. Awak tunggu saya bersiap. Nanti kita solat jemaah k?,’ Kemudian, cepat-cepat aku mengambil wuduk untuk solat berjemaah dengannya. Tak mahu biarkan dia lama menungguku.
Usai solat magrib berimamkan dia, aku menyalami tangannya. Ini kali kedua kami bersentuhan. Indah kah perasaan?
“Awak.Terima Kasih pilih saya sebagai isteri awak,’ kataku, sambil mengucup tangannya. Dalam dan lama aku mencium. Kasar tangannya, tanda dia kuat bekerja. Kemudian, kurasakan tangannya diatas kepala ku, mengusap ubun-ubun.
“Terima kasih untuk awak jugak sebab pilih saya sebagai suami awak,’ balasnya sambil tersenyum. Kemudian, dia mencuit hidungku.  
 “ Saya harap jalan yang kita pilih ini betul. Saya yakin kita akan bahagia bersama,’ tambahnya lagi. Dan aku hanya tersenyum. Aku juga berharap agar semuanya berjalan lancar. Dialah suamiku, dialah pembimbingku, yang akan membimbing aku ke jalan yang diredhaiNya.

July 15, 2010

Come to me, baby


Aku semakin gila kerana kamu.Hilang arah tujuan, tak tentu arah. Ya, Kamu. Saban hari memikirkan tentang dirimu buatkan diriku tak ubah seperti mayat hidup. Berjalan,bergerak tapi dalam fikiran- KAMU! Sebab hanya ingatkan kamu. Sana sini fikirkan kamu. Sana sini, harapkan kamu akan datang kepadaku. Harapkan kamu dapat berikan satu seprais kepadaku.  Satu keajaiban supaya hidup ini tidak lagi terasa kosong, terasa gembira dan di awangan.


Kamu, kamu, kamu.Di mana kamu?Bila kamu akan datang kepadaku?




KAMU, wahai TAWARAN KERJA ku. Bila nak datang? I’m so depressed now!




Ekceli, I feel sooo useless sebab takde kerja. Busan tau tak? Tambah, sedih sebab takde duit langsung! Aiyarrkkk!  Cepat datang baby! Plis plis plis.



p/s: tunggu lagi 2 minggu untuk offer ape-ape.kalau tak dpt jgak, alamat kena cari kerjaa  lain plakkk.

July 14, 2010

You, stalker


You stalker! Stalker! Stalker!,” katanya dengan nada yang tinggi. Sambil itu jari telunjuknya menunjuk ke arahku. Marah nampak.

Err.. sape suruh u ade blog?ade fesbuk?I stalk laaa u,” balas ku. Kena defend diri. Jangan Mengalah.

Aik, salah I plak? Kan normal semua ade blog and wajib ada fesbuk,”katanya.  Kali ini perlahan.

Err. Tapi sebab blog u menarik, I baca lah.Takkan buat blog tak bagi orang baca?,”tanyaku kembali. 

Dan dia tersenyum.Mungkin mati akal hendak menjawab persoalan ku.

“Tu laaa.Sape suruh ade blog dengan fesbuk.hehehe,”kataku lagi sambil tersenyum.

July 13, 2010

What's wrong with you?

As usual, penyakit karang-mengarang-delete balik dah jadi rutin
Kadang-kadang sampai sehari, baru boleh nak komen
kadang-kadang, sampai tanya Dottie ape yang nak kena buat


Ohh peliss. Ape dah jadi?
Nampak macam loser giler kan? 


Yes I am Loser. 


Nak pergi hantuk kepala dekat dinding supaya hilang ingatan. Kalau hilang ingatan, mesti dah tak loser kan?

July 12, 2010

Dila cakapcapap.

Ohh.bukan nak mencapap lebih.dan aku bukan lah suka mencapap sangat(yeke?)
btw, those pics bawah ni entry khas untuk kawan-kawan yang tak percaya daku membeli baju hanya di kedai bundle.tak kesah lah rm2 ke, rm5 ke kan.ehe.all these,saja-saja pose dan bukan berniat nak mengiklankan diri tauuu.hanya untuk view je.

Sila Abaikan keadaan bilik yang comot ni:p

p/s:Nurul Azwa konfem-konfem tau kan, yang mana baru, yang mana lamaa.

so,here it is :
Ekceli, nak buat gaya macam Nurul, tapi disebabkan aku gemok, pendek dan kurang comel, maka idak la menjadi mcm beliau(abaikan peha besar tu). Jaket: Bundle RM2,Skirt Bundle RM2, T-shirt RM6, Jeans Nicci, Kasut Nicci, Selendang cap Masjid India RM10



Jaket: Bundle RM2, Dress: Vintage RM10, Jeans,Kasut: Nicci, Selendang cap masjid India: RM10. Ekceli, baju tu sangat besar gedabak, dan dah niat nak menjahit kelim sikit, bagi ade shape, tapi malassss.hehe.so, just using tali cardigan, ikat reben dekat perut buncit untuk nampak kurus.hehehe
I love corak dekat Baju ni, sebab cantek.But My family suke cakap, ni corak batik.Apekejadahnye batik?adeh. Baju: Vintage RM10, Jaket Radioactive, Spek RM10, Kasut,Jeans: remix. Btw, I'm usually senyum tak nampak gigi sbb ade orang cakap my senyum tak ikhlas.see?Memang nampak tak ikhlas kan?hahaha
Last but not least, same Jaket: Bundle RM2, Selendang cap Masjid India: RM10, Baju Vintage: RM5, and remix. .



 Some of my friends, tell me that i'm look matured now, sebab pakai baju-baju macam ni. ye laa, dulu kan pakai t-shirt besar gedabak, dengan seluar cap cheetah.hehe.Maybe la kot, by wearing like this, nampak matured.Don't worry,i'm still membebel banyak-banyak macam dulu dan masih lagi banyak cakap. hehehe.

Ohh pesanan penaja: you can look beautiful  even wearing Baju bundle, or jaket bundle.Kena pandai-pandai cari and pilih laaa.hehehe.So, selamat bersoping! Jangan ikat perut sebab soping!(pesan diri sendiri).

July 11, 2010

Be OK!


I just want to be ok, be ok, be ok
I just want to be ok today

I just want to feel today, feel today, feel today
I just want to feel something today
 
Open me up and you will see
I'm a gallery of broken hearts
I'm beyond repair, let me be
And give me back my broken parts

I just want to know today, know today, know today
I just want to know something today
I just want to know today, know today, know today
Know that maybe I will be ok

Just give me back my pieces
Just give them back to me please
Just give me back my pieces
And let me hold my broken parts

Belated Besday Dottie!




Cubaan membuat cupcakes untuk Dottie, as I promised.
Mula-mula ingat nak buat oreo cheese cake, and dah siap suruh Dottie cari resepi lagi
Then, kedai jual bahan-bahan kek plak tutup, and all the things,
such oreo crumbs ke ape ke, manada jual dekat supermarket kan.adeh.
End up buat Coklat kek, dengan Resepi ingat-ingat lupa dalam otak, pergi beli barang. Lepas dah gugel semua, thought of using Self-raising flour boleh buat kek naik, 
instead of add lil  baking soda.Last-last kek memang tak naik! sedih jer.
(how to open a restaurant if this kek tak naik?tu laa.percaya dengan kata hati sangat!HAHA)
Then, next day, will meet Dottie dekat rumah, and pagi-pagi lagi dah bangun untuk buat topping.Tanpa tak sabar dan kalut sangat, add and mix evrything in just one time
langsung tak ikut sukatan, and end up-topping jadi cairrrrr sangat! booooo!
Such a Loser, buat kek pon tak pass! hahaha.

oke, sekali ni jer tak jadi.kek hari lain-lain jadi tau!
agaknye sbb evrything mix up, dan kalut sangat nak keluar dengan Dottie.
Pity Dottie, dapat kek tak spesial.Sori beb! ehe
Hope tak marah, dan makan kek sampaiiii habis! :)
Happy Belated Besday Dottie!

July 8, 2010

Ragam.

  1. Aqil Aiman - Anak murid yang paling aku sayanggggg. Ya, sebab dia sangat cumel. Rasa macam nak picit-picit pipi dan perut dia yang cumel tu, tapi takut nanti dia repot teacher buat sex harassment plak.But so far, paling dahsyat pon, tekan perut dia yang cumel tu dengan pen.Not consider as sex harassment kan?Hehe. Aqil was a quick learner. Dah tahu maksud semua, but still come to me to ask question.Naughty btol! Then, bila suruh cari dalam kamus, cakap takde pon words yang dia cari.Saja je nak suruh aku carikan. Bila dah jumpa meaning, sengih-sengih kerang busuk dia yang cumel tu.As usual, sape tak geram tengok budak macam ni?meh nak ketuk kepalaaa.hehe
  2.  Raudah- Raudah reminds me masa kecik-kecik.pakai baju camni laa.tp dulu kan takde tudung-tudung ariani or so on, so, i pakai tudung macam biasa but got reben atas kepala.Alaaa yang lilit-lilit then ikat atas kepala tu. Hehe.so selekeh masa kecik-kecik, sampai besar pon sama. hehe.Raudah pandai baca jgak. And kalo tanya meaning sume pon dah tahu. Masa i baya-baya dia, rasanya tak pandai macam ni kot?sebab malas nak baca buku. Suruh baca pon nangis-nangis taknak baca, sampai darjah 5 baru bertaubat skit.Sebab apa? Nanti Abah akan letak kicap atau garam dekat mulut siapa-siapa yang tidur masa baca buku. Trauma! hehehe.
  3. I forgot her name. Sorry teacher lupa. Tapi so far, dia laa paling jauh datang nak menuntut ilmu. Dari Kuala Nerang, about 1 hour journey jgak laa nak datang tusyen.hehe.She just a beginner, sebab tu baru baca huruf-huruf and word simple-simple. But she is clever already. Every month akan cepat tukar ke level lain. I wish you all the best.
  4. Aina Shadira- I have picture wif Aina, tapi dalam phone dan phone buruk takbole dah nak bluetooth, Rosak! Aina quite talkative. Ada jer cerita yang nak cerita. Parents Aina kerja doktor, Abang Aina sunat tak dapat datang Tusyen, Coklat teacher bagi buat gigi Aina Rosak, Semalam Abah cabut gigi Aina. Haaaa, semua menda Aina nak cerita. Penat jgak nak melayan. Luckily Aina pandai baca, so takdelah teacher nak betolkan sangat.hehehe.so, teacher banyak dengar cerita Aina dari ape yang Aina baca.Sabar je laaa.
  5. Unknown- Ade lagi seorang.Aku pon dah lupa nama.adeh.its been 3 weeks aku berhenti kerja.Dah lupa nama budak ni. Unknown seorang budak perempuan, rasanya darjah 3. Cute! Tapi yang aku tak boleh lupa, Unknown tak boleh sebut huruf R. Pity her right? and I'd even ask her to sebut RRRRRRRRRR panjang-panjang sambil getar lidah, but she can't do it. RRRRRRR change to Arrgggggg, sumting like dat. Ade dua tiga orang jgak macam ni. Ade one boy tu, i ask him suruh sebut RRRRRRR ni panjang-panjang, end up dia cakap "Teacher, saya pelat Arrrgg laaa.tak boleh sebut!," Dang! terkena.hehe.but Unknown sangat pandai baca except salah tang Arggg tu laaa. Aeghoplane and other words.Aih, dah tak boleh sebut, nak buat macamana kan? ;p
Ekceli, ada ramai lagi students. But these 5 students, yang paling banyak ragam especially Aina yang banyak cakap.Ade chinese boy, 6 years old, sampai-sampai, duduk, terus panggil teacherrrrrr! bukan nye sebab rindu ke ape, sbb he don't know what to do. bukak folder sendiri pon  malas.geram jer. Mostly yang datang baca pon usually budak-budak, darjah 1-6 then Aqilah, form 4. But she still beginner, kena baca dari awal.Here, tak ramai budak besar, paling besar pon Aqilah laaa.But usually, aku tak layan budak-budak besar, sebab for sure coursework dorang susahhh.hehe.pening nak mark.Layan kanak-kanak baca lagi bestttttt.

Sebenarnya, tulis pasal budak-budak ni sebab rindu dengan dorang. Tiap kali lalu pusat tusyen, rasa macam nak singgah. Tapi kang, macam nak mintak kerja balik plak.haih. Teacher Rinduuuuuu dekat kamu semua:)

p/s: Apesal tah gambar tak boleh move? Geram,last-last letak macam tu jer.hehehe

July 6, 2010

26 tahun.

"Lagi 3 tahun, nanti kak dilah datang dengan laki dia kat sini,'kata ayah aku.

Keadaan tiba-tiba jadi senyap.huh?

"Laki mana plak dah ni bah?,"kata aku, control emosi.taktik-taktik.

"Aik, taknak kahwin ke, lagi tiga tahun?,"kata abah kembali.



Abah dah bagi hint nak bagi aku kahwin dalam masa 3 tahun ni.hahaha.
3 tahun maksudnye genap 26 tahun umur aku.ecehhh.mungkin dah stable kot time tu.
Tergagai sekejap bila abah cakap macam tu.semua orang kat situ pon stunned je.


so, Umur 26 tahun kita kahwin ok?Janji! (cakap pada siapa tah?)

Booooooooooooo!

Booooooo untuk diri sendiri
yang tiba-tiba rindukan dekat anonymous


"annoying laa u ni," kata dekat diri sendiri.

July 3, 2010

Pengulas sukan

kalau tengok dekat kedai mamak, taktahu la scene dia macamana
mungkin ade yg terpaksa bakar jersi kot? 
takpon paling koman kena kaver muka dengan jersi ori tu
kalau dekat rumah, malu boleh kaver lagi
2 sokong Argen, 2 sokong German
tiap-tiap sorang nak jadi Pengulas sukan .
mula laaa soksek sana soksek sini
"Kenapa dia ni lari tak laju?"
"Kenapa langsung tak kejar bola?"
"Boleh sumbat lagi satu ni"
"Rasa-rasa macam 4-0"

Last-last memang 4-0.kalah teruk woi!
aihh. memang bikin gua panas.
nasib tengok dekat rumah jer. dan takde bet dengan sape-sape.
macamana boleh kalah teruk ni? Tasbih luck Maradona memang tak luck.
Nasib tak kena pusing tanpa baju. cit podahh! 

Hello, new semester!

ecehh.bunyi macam nak kena repeat subjek balik je.ehe.
but sssserriuuusssli, rinduu plak zaman nak belajar
masa belajar, teringin nak kerja
sekarang, takde kerja, rindu nak belajar.ehe
nanti bila dah kerja, update balik status oke?
doa-doakan lah saya cepatttt dapat kerja.Amin.

orang cakap university life paling best. ya!ya! support
tapi jangan enjoy-enjoy sangat, kang jadi la macam saya ye
menyesal dikemudian hari.ehe

so,selamat semester baru kepada budak-budak yang nak masuk nanti
dan jgak welcome to university life kepada freshie-freshie.
belajar rajin-rajin oke.Fokus fokus!

p/s: ehem-ehem, agak-agak, junior2 saya tahun ni, ade yang stylo tak? ;p