July 17, 2010

Dia Untuk Ku.


Hari ini hari bersejarah bagi aku.Hari yang entah aku tak tahu penghujung nya. Bahagia?Derita? Ahh..ini pilihan aku. Aku perlu percaya akan penghujung yang bahagia. Aku tahu, “kami” dapat menempuh nya dengan tenang.
Dia masuk ke bilik di kala matahari mula terbenam. Perasaan aku? Tentulah berdebar-debar. Ini kali pertama kami berduaan di dalam bilik.  Bagi menghilangkan resahku. aku bangun dan cuba mencari baju nya di dalam luggage. Manakala, dia hanya duduk diatas katil, merenung dan memandang aku dari jauh. Aku mencapai baju melayunya dan tuala yang telah disediakan, aku letakkan  disebelahnya.
          “Ini baju melayu awak dan tuala,’kataku. Entah kenapa aku sangat berdebar pada saat ini. Mungkin kami tidak biasa sebegini. Kelihatan dia hanya mengganggukkan kepalanya. 
 “Awak mandilah dulu. Nanti maghrib, awak ikut abah solat ya,’ kataku lagi. Bukan arahan, hanya mengingatkan. Abahku adalah seorang yang rajin menunaikan solat di masjid. Apa katanya nanti kalau menantu barunya tidak ikut ke masjid. Bagaimana pula dengan kata penduduk kampung. Kemudian, dia hanya mengikut arahan ku, mengambil pakaiannya dan bersiap sedia untuk ke masjid.  
Ahhh, kenapa dia tidak berkata-kata.Mungkin perasaan dia sama gusar dengan perasaan aku ketika ini. Ini jalan yang “kami” pilih. Bukan sesiapa. Tiada langsung paksaan. Setelah dia bersiap sedia, dia keluar dari kamar kami. Masih lagi seperti tadi, diam tanpa sepatah kata.  Dua minit kemudian, dia kembali.
“Ayah awak dah pergi laaa.dia da tinggalkan saya,’ katanya dengan mimik merajuk. Aku hanya tersenyum. Mungkin abah terlupa dia sudah mempunyai seorang menantu hari ni. Ataupun mungkin dia sudah terlambat untuk mengikut abah ke masjid.
 “ Ohh. Yeke. sekejap eh. Awak tunggu saya bersiap. Nanti kita solat jemaah k?,’ Kemudian, cepat-cepat aku mengambil wuduk untuk solat berjemaah dengannya. Tak mahu biarkan dia lama menungguku.
Usai solat magrib berimamkan dia, aku menyalami tangannya. Ini kali kedua kami bersentuhan. Indah kah perasaan?
“Awak.Terima Kasih pilih saya sebagai isteri awak,’ kataku, sambil mengucup tangannya. Dalam dan lama aku mencium. Kasar tangannya, tanda dia kuat bekerja. Kemudian, kurasakan tangannya diatas kepala ku, mengusap ubun-ubun.
“Terima kasih untuk awak jugak sebab pilih saya sebagai suami awak,’ balasnya sambil tersenyum. Kemudian, dia mencuit hidungku.  
 “ Saya harap jalan yang kita pilih ini betul. Saya yakin kita akan bahagia bersama,’ tambahnya lagi. Dan aku hanya tersenyum. Aku juga berharap agar semuanya berjalan lancar. Dialah suamiku, dialah pembimbingku, yang akan membimbing aku ke jalan yang diredhaiNya.

4 comments:

wawa said...

cecewahhhhhhhhhh!!!!!!
ceritalah bagaimana indahnye perasaan pd mlm pertama?
uit!! tp berdosa pulak share cite dlm kelambu
heheheheh

daLYaLaMHa said...

minah! agak la nk citer psl dlm kelambuu.bahaya kott.huahauhaua

Anonymous said...

aaaaaaaa...jeles.
hik.

daLYaLaMHa said...

pije: wehhh, ni rekaan.bukan btol-btol! hahaha