Selalunya kita akan dengar pesanan yang panjang berjela dari mak kan?ye laa, nama pon anak dia.selagi tak lengkap ke, tak oke ke, akan jgak mak bagi pesanan.Ingat dulu masa sekolah, mak akan pesan menda yang sama time call: " Jangan tinggal solat, baca buku, jaga aurat dan jangan lupa baca Al-quran". Mak aku selalu pesan macam ni ah, alhamdulillah, berjaya jgak la time sekolah-sekolah dulu, sebab ikut pesan mak.hehe. Siap aku ulang-ulang dialog ni dengan mak dekat telefon. Sepanjang dekat rumah ni pon mak selalu pesan juga, tapi dengan panjang lebarrrrrr lagii.ye lahh, nama pon mak kan.
"Jangan bawak kereta laju-laju sangat! Tau la otai pon" ni selalu jugak dengar, especially time drive sorang-sorang ke. I'm one of the rude driver.haha. Tapi selepas nasihat mak ni, ade laa cuba kurang-kurangkan sikit laju tuuu. Ecehh, dr 140km/hr to 110km/hr. Bawak pon dah tak celah sana,celah sini dahh.Ikut kirii jaaa.ehehe
"Tadi mak dengar ustaz cakap, Pakaian anak-anak kena awasi. Jaga aurat diorang, sebab nanti waktu nak masuk syurga, Anak-anak akan tarik kaki mak bapak dari Neraka, sebab tak jaga aurat" Fuhhh.sedass kena dari mak! Ermm, no komen. Dekat rumah usually, bila keluar memang pakai baju kurung, dan sangat sopan santun tau. Kalau jumpa, betol dah tu, jangan tak tegurr. Bukan hipokrit ke apa, cuma rasa tanggungjawab jaga maruah ibu-bapa. They usually akan tegur baju apa yang i pakai, and yeah, i'm not so good either. But I'll try to change myself, cuma bila bab baju ni, lambaattttt sikit. erm, Ampun mak!
" Orang berdoa bagi kahwin dengan lelaki yang beriman, dapat membimbing kejalan yang benar, bukannya doa kahwin dengan lelaki hensem ja". Errr, ni gara-gara tengok cikgu-cikgu sekolah sekarang makin hensem plak.wahaha.Serius hensem, dari mata aku laa kan. Ermm, tapi tu lahh, takde ah sampai pasang niat nak kahwin dengan laki hensem, saja je gurau-gurau dengan mak. ehe. Doa bagi dapat suami yang kaya dengan ilmu, agama dan harta pon bole jgak kan mak? :)
" Dengar, tengok rancangan Tanyalah ustaz tu.Dapat jgak lah ilmu bermanfaat, Bekalan nak masuk akhirat". Ye mak, setiap pagi dilah dah dengar mak.
" Kawan tu kena cari kawan yang betul sikit, Kawan jahat ibarat Api,Kalau kita pegang sama-sama panas, Kawan yang baik ibarat ...." Aku dah lupa plak ayat seterusnya. Maksudnya, macam kalau kita buat jahat sama-sama, semua orang akan tahu laa sama-sama, Kalau buat baik pon orang sejukkkk hati ja tengok. At the end, mak cakap, carilah kawan yang berfaedahhh.Yang tak ajak kita mendorong ke arah maksiat. blup blup!
Banyak lagi pesan mak sebenarnye. Nasihat ni selalunya berguna, tak menyesal kalau kita ikut cakap mak. Selalunye, aku terkesan jgak laa dengan kata-kata mak ni. Ye laa, taknak plak aku jadi anak derhaka nnt.cukup laah kecik-kecik dulu dah nakal yang amat, besar-besar ni dengar je cakap mak.Restu dari Ibu tu paling penting, sebab Syurga bawah tapak kaki ibu. Nasihat ayah pon kena dengar jgak tau!
"Ya Allah, panjangkan lah umur kedua ibu bapaku, diriku, keluargaku dan seluruh umat Islam. Matikanlah kami dalam keadaan yang sempurna dan tempatkanlah kami dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh"
No comments:
Post a Comment