January 5, 2013

Tembus hingga ke Syurga

Engkau jauh, 
Tetapi dekat, 
Berpisah Jarak, 
namun saban waktu merapat.

Jauh berpisah tubuh, 
Tetapi di dalam jiwa terasa dekat.

Kadang aku takut, 
Perasaan ini hanya kerana jauh.
Namun aku cuba yakin, 
Bahawa ini tanda kita ada hubungan yang utuh.

Tiada siapa tahu apa yang akan terjadi, 
Saat benar kita akan betul akan merapat nanti, 
Tetapi aku adalah yang menantimu saban waktu, 
Dan yang berjanji akan membahagiakanmu.

Moga perasaan dekat ini, 
Buat aku mampu lebih menghargaimu, 
Saat engkau benar berada dihadapanku nanti, 
Dan Ilahi jua yang menjadi saksi.

Moga cinta ini bukan sekadar dunia, 
Tetapi menembus hingga ke syurga sana.


** copy from Hilal Asyraf, Engkau Jauh yang Dekat, Sebelum Aku Bernikah

No comments: