Mana silapnya, entah.
Abah dan aku, ada ego yang sama.
dan aku jadi takut, aku jadi derhaka
dalam hati rindu membuak-buak
mahu bertanya khabar, mahu bercerita
tapi ego, ego aku tinggi
aku takut aku sakitkan hati abah lagi
dan aku takut, nanti, jadi anak derhaka lagi
Abah, aku tahu, kisah dan ambil berat tentang anak-anaknya
cuma abah, ketua keluarga,
jadi semua perkara betul untuk dia, betul untuk kita
"Cuba mengalah sikit dengan abah tu. dengar cakap dia, dan jangan melawan" pesan mak
:'(
Aku rindu abah, tapi aku takut,
aku lukakan hati dia lagi, dan aku takut
dengan ego aku sendiri.
No comments:
Post a Comment