October 21, 2012

Seluar ketat

Selama ni aku pakai seluar ketat
maksud aku sejak aku jadi "jahat" sikit
lepastu, konon nak berubah, 
aku dah cuba banyak kalo nk rid off jeans ni, 
banyak kali, 
lepas dah bagi dekat orang, then aku beli balik
then bagi lagi, then beli balik
then, how to get rid seluar-seluar ketat ni? sigh

Dah banyak kali dah kena sound dgn mak & abah
and I really want to change
susah betul, nafsu jahat ni kuat sangat kan.
Iman tak kuat. haih.

Ada sekali to someone nasihat dkt aku camni:
" Allah suruh kita tutup aurat, bukan balut aurat!"
toing, kena batang hidung! argh! malu!

1. Surah An-Nuur : Ayat 31:
Maksudnya : Katakanlah kepada wanita yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangan mereka   dan memelihara kemaluan mereka, danjanganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanyaDan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya… (al-Nuur : 31)

2. Surah Al-Ahzab : Ayat 59:
Maksudnya : Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin : “Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (al-Ahzab : 59)

Aku still dalam progress. Doakan supaya Iman, hati kita sentiasa kuat, untuk ke jalan yg diredhaiNya. 

1 comment:

jiLL De wHiRL WinD said...

saya yakin kak dila mampu, sbb Allah sayangkan kak dila laa Allah uji..^_~,