April 6, 2015

Tak sesuai

Sesi taaruf yang aku usulkan pada kak ina dulu tak menjadi
bukanlah tak berkenalan. cuma tak berkesempatan.
Jadi, baru-baru ni, kak ina buat acara makan-makan
Makan laksa masakan orang utara (aku pun one of the chef lah.hehe)
and of course, dia pun di jemput. dia datang agak lewat, 
Jadi, tak ada lah sesi taaruf pun, sebab ramai orang
cuma, aku kenal dari observation and his reaction,
dan aku rasa tak sesuai
there is no chemistry, or wavelength tu tak sama. 
Jadi, alkisahnya, aku masih lagi membujang.hahaha

Hmmm. sebab kadang-kadang terfikir bab kahwin ni yang payah. 
cuba kalau aku boleh fokus je dekat belajar. 
tp tu lah. kena la fikir jgak, sebab aku pun dah lanjut usia jgak
tapi nak cari yang sesuai pun susah. 
Inilah dilema nya. 



February 26, 2015

Pilihan

"Hidup kena memilih. Pilih yang elok. Pilih yang bagus. Sedangkan nak berkawan pun mak kau suruh pilih elok-elok, apatah lagi cari laki/bini"-Twitter, 2015

There is this saying orang share kt twitter la kan. in fact, memang betul lah kan. Tapi kadang-kadang, kita tak sure pun betul ke pilihan kita tu.
And sometimes kita ikut je apa orang cakap/apa kata hati kita

Dulu, aku pernah ingat yang lelaki aneh tu "The one". tapi end up, tak kemana pun
Sekarang pun, langsung tak kontek atau apa-apa. Aku hanya tau update pasal dia dari fb je. and I would say, memang aku ikut je cakap hati aku. ikut nafsu.
Kawan aku siap marah, sebab aku terhegeh-hegeh and not be true to myself.
haha. siap dorang cakap aku kena jampi lagi. lawak plak bila ingat cerita lama. I was crazy about "Lelaki aneh". (tak lama pun, it was last year)

and dekat sini, there is one guy, who is perfect for everything. (Ini ikut aku punya napsu lah kan). Tengok dia senyum pun jadi lah.haha
but I'm not sure either dia sesuai ke tak dengan aku. sebab aku pun tak kenal dia. 
and ada je orang cakap "Susah nak dapat perfect man macam tu"
and I was like, kalau kita nak, kita usahalah kan. tapi, tu lah.
I'm not sure either sesuai ke tak. That's why aku decide nak ta'aruf with "the other guy", which others had decide on me.

Entah. Hidup ni pasal pilihan. Banyak pilihan pun kita pening.
Tapi, if betul betul kita nak jawapan, buat Istikharah.
Pasang niat betul-betul, InsyaAllah Allah tolong.
and hopefully, pilihan kita tu betul.


February 21, 2015

Ta'aruf

Aku tak pasti yang betul ke tak jalan yang aku pilih ni. Tapi, itulah yang adik-adik usrah aku cadangkan. Sesi ta’aruf melalui wakil perempuan/lelaki yang  rapat dengan dia.  Jadi, aku usulkan pada Kak Ina tempoh hari, yang aku perlu ambil step ni untuk mulakan langkah. Kak Ina memang menyokong tindakan aku. Dan dia akan sampaikan dalam masa terdekat kepada dia.

Cerita pasal “dia”. Aku memang tak kenal sangat. Mulut aku peramah, memang aku akan tegur semuaorang yang ada dalam galaksi ni. Jadi, aku pernah tegur dia. Bila Kak Ina buat makan-makan, dia pun selalu akan join dan dekat situ aku kenal dia. Tapi, selalunya we both akan rasa awkward bila bersembang. Rasa macam pelik semacam macamana tah. Most probably, aku kenal dia dari orang-orang terdekat. Cerita dari Kak Ina dan adik-adik usrah yang “Dia” ini macam ini dan macam itu. Dia baik, dia ringan tulang dan macam-macam lagi. Tapi, itukan semua observation orang. 

Bukanlah aku tak pernah jumpa “dia” langsung. Tapi, bila aku jumpa dia, aku lebih terkelu lidah dari biasa. Aku rasa mungkin “wavelength” tu ada sikit beza kot, sebab tu aku pun jadi kekok. Sebab selalunya bila ada orang yang sama kepala otak dengan aku, memang aku duduk situ sembang dengan dia sampai abis waktu pun takpa.

Tapi dari observation aku, dia ada satu je point tak lepas. Dia smoker. Perokok tegar. Tapi, semuaorang cakap yang hisap rokok tu boleh berhenti nanti, one fine day kan. Tapi, he should know hukum hisap rokok. Diakan ada asas agama yang kuat. Dia patut tahu rokok tu haram sebab akan menjejaskan kesihatan. But why he couldn’t leave that? Point addicted tu semua boleh je tinggalkan bila kita tahu mende tu haram.

Satu lagi yang buat aku rimas ialah dia datang dalam kepala otak aku kadang-kadang. Buat serabut kepala otak untuk aku fikir. Memanglah dengan usia aku yang macam ni, aku patut fikir pun pasal kahwin dan membina rumah tangga. Kawan semua dah ada suami, siap nak masuk anak tiga dah pun. Aku je dekat step “konon-konon cinta aku reserve untuk yang deserve” je. Bayangkan, dah 28 tahun and aku tak pernah bercinta. Bagi aku, this is a good achievement. Aku admit aku ada ramai kawan lelaki, tapi kita boleh rasa siapa yang sesuai dengan kita. At least, chemistry or wavelength tu kena mix or sama. Or at least, dia tak friendzone kita.hehe


Itulah sebab aku usulkan dekat Kak Ina. Suruh dia berfikir dan decide either dia dah ready nak kahwin belum. Jadi, aku nak tunggu keputusan dia, dan ikut step adik-adik usrah aku. Jadi tak jadi belakang kira. At least, I follow step yang ikut betul. Tak salahkan perigi cari timba? 

December 31, 2014

Untuk tahun 2014

Dan untuk tahun ni, aku lebih kepada mengenali diri aku
too many things yang aku tak tahu
dan aku ingat sebenarnya benda tu normal
tapi tak normal rupanya

Aku baru discover yang sebenarnya aku lactose intolerant
selepas 27 tahun, aku baru tahu fact ni 
kat malaysia, dah sah la aku tak minum susu. Yogurt boleh tahan lagi
datang sini, konon nak breakfast cereal (ala omputih kan), 
tengok-tengok perut bloating, penuh angin. lama jgak aku nak sedar menda ni
lepas 3 bulan camtu baru aku google kenapa perut bloating
bunyik macam perut lapar, padahal perut aku takleh digest.
Sekali tu bunyi kat library, budak sebelah aku gelak kihkihkih. 

aku ingat bunyi perut ni tak kuat sangat.hmmm. malu je.
tapi, aku still keep calm & eat chocolate lah kan. 
sebab chocolate makan favourite kot, and now I realize
aku pun dah tak boleh makan chocolate. Pity me!
sebab chocolate pun bawak effect yang sama macam susu, tapi sikit lah. 

Tahun 2014 jugak aku dapat tick column "achieved dreams" aku
sambung buat phd is one of my dream
aku ingat aku able to do, tapi ni dah nak dekat setahun
aku lebih kepada main-main
and aku sebenarnya "easily distracted".
--> ni tulis blog, padahal tadi aku tengah semangat tulis report aku
semuga next year (2015) will be a great year.
aku taknak main-main dengan belajar ni, 
nak ada phd, kena lah berusaha. and this thing is not easy man.
Semua depend dekat diri kau sendiri
and another dream ialah aku dapat tengok aurora! hehehe
so, Iceland trip was nice, tapi menyesal plak aku pergi sekejap je.
takpa, next time I will come back. Manatau honeymoon ke.haha
Berangan nak kahwin, padahal phd kau terumbang ambing 

- I keep remind myself about this

Then tahun ni pun tahun mendukacitakan. brokenheart.
aaa semuaorang pun akan alami fasa yang sama. 
tapi takpa, semuaorang pun ada jalan bahagia dia, 
kita hidup as we live lah kan. surround with people
meet new people, sebab people come and go
takkan kita nak stick pada sorang yang kita percaya dia "jodoh" kita
believe me, if they want you, they will put some effort to catch you
kalau buat dunno, means nothing lah kan.kihkih
lepas setahun baru ko nak move on. blerghhh


So, welcome 2015! just another year pun, 
tapi jangan lupa kiamat pun nak dekat
dan hidup kita ni bukan untuk dunia,
sebenarnya 
hidup kita untuk akhirat. 
Allah saja nak uji manusia-manusia ni hidup dengan kehidupan
dunia yang cantik serba indah ni, 
dan nak tengok manusia mana yang lalai dan leka, jauh dari dia.