Bunyi deringan telefon menyedarkan aku dari khayalan novel. Aishh, siapa yang kacau waktu damai aku ni,
"Dia? kenapa tetiba telefon ni?," getus hati kecilku. "Hello. Assalamualaikum,"sapaku kepada orang disana.
"Wa'alaikumussalam.Wahai cik Anis yang manis, aku ondaway pergi rumah ko tau. sekarang dah dekat Sungai Petani. About 45 minit lg sampai laa,"terangnya di sebelah sana. Biar betul mamat ni. Angin takde, ribut takde, tiba-tiba nak datang rumah.
" Ko serius ke weh? ko demam ke?pegi la klinik amek ubat. Risau aku dengan ko ni," jawabku. Ishk.ni dah pelik bin ajaib. Jauh dia travel semata-mata nak datang rumah, jumpa mak abah plak tu. Mahu 5 jam kot perjalanan dia.
"Laaa. serius laa. kata lagi 2 tahun nak masuk minang kan. ni, nak masuk minang la ni," jawabnya lagi. Mamat ni kenapa, aaaa.dulu main-main je kot cakap macam tu.
Terkelu lidahku nak menjawab.
"Aku datang sorang je, sesi bertaaruf dengan mak ayah. boleh kan?,"tanya nya lagi. Takkan aku nk jawab tak boleh plak kan. dah penat-penat dia datang dari jauh.
"Ko main-main je kan. Haa,ye laa, jemput laa datang. bawak gorpis sekali ye. Rumah aku tau tak kat mana? nanti aku sms," terangku. Takut sesat plak mamat ni. entah tahu, entah tak rumah aku kat mana. Mahu 30 minit jugak, kalau sesat tengah-tengah pekan tu.
Lepas menaip sms jalan ke rumah, nak kena bagitau mak dengan abah plak pasal mamat ni.ishk.macamana nak bagitau ni?tak pernah-pernah bawak lelaki datang rumah. dalam mimpi selalu laa.ayoyo!
Aku menghampiri mak dan abah yg sedang asyik menonton tv. Al-maklumlah, petang-petang sabtu ni, tv3 menjadi pilihan. tonton Panggung sabtu!
"Ermmm.mak, abah, kawan kakak nak datang petang ni. boleh?," usulku. Mak dan abah saling berpandangan. Masing-masing berkerut dahi.Reaksi dorang macam pelik sebab tetiba cakap ada kawan nak datang.
"Kawan lelaki ke kawan perempuan?," tanya emak. Sama je kawan lelaki ke perempuan. tapi, ni tetiba bagitau ni, pelik la jgak kan. jarang-jarang kawan anak dia nak datang rumah.
"Kawan lelaki,"jawabku perlahan. "Dia da dekat SP kot sekarang. lagi 40 minit dia sampai,"terangku. Kemudian, mak dan abah tergelak sesama mereka. Apa yang lawak taktahu lah, agaknya reaksi muka aku kot, cuak nak bagitau kedatangan dia kali ni.
Lepas 45 minit berlalu,
"Aku dah depan rumah ko. sambut la aku kat depan ni," SMS yg dikirimnya aku terima. cehh.cuak jgak mamat ni,ingatkan cool je memanjang.
Kemudian, aku menyelak sedikit langsir dihadapan, dia masih lagi dalam keretanya.
Cepat-cepat aku bagitau mak dan abah tentang ketibaan si dia. Terus aku menyarung selipar, dan menyambut nya dihadapan.
"Haaa. senang jumpa plak rumah ni. tak sesat langsung?," tanyaku terus menerus. Selalu, orang akan sesat jgak jumpa rumah aku. Samada aku salah bagi direction, atau pun dorang salah amek jalan. Selalunya, aku yang salah bagi direction.
"Senang je jalan. tak susah pun. haaa, ni dah sampai depan Rumah Prof. Azni & Pn. Hamidah," balasnya. Amboi!ingat plak dia nama mak dgn abah. takpun, dia igt sebab aku selalu check-in dekat fb bila sampai rumah.
"Ye laa, ye laa. jemput la masuk, wahai incik yg budiman,"pelawaku. "Ni saya dah hamparkan karpet merah invisible untuk incik," selorohku lagi. Dia ketawa kecil.
Sudah lama jugak kami tak berjumpa. Mungkin tahun lepas, atau dua tahun lepas? tiada perbezaan pada dia, cuma rambut dia mungkin digayakan lain sikit dari dulu. Sebenarnya, perjanjian 2 tahun itu aku anggap hanya permainan. SMS katakan. lagipun, mamat ni bukan calang-calang orang. hot stuff jgak lah. hahaha. "Enough stop it" bentakku dalam hati.
....to be continue
No comments:
Post a Comment